Susu Ibu Adalah Terbaik Untuk Si Manja Anda

Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

 

Virus Corona - 7 cara untuk melindungi Si Manja anda

Sekarang adalah masa yang sangat tertekan untuk semua ibu bapa di luar sana. Itulah sebabnya Dumex Dugro berkongsi cadangan dari World Health Organisation (WHO) mengenai cara melindungi anda dan Si Manja anda. Dengan mengikuti peraturan yang mudah ini, kita akan dapat mengurangkan risiko penyebaran virus Corona.

image

1. Basuh Tangan Dengan Kerap

Virus Corona disebarkan melalui hubungan manusia. Oleh itu, mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mengelakkan dari jangkitan virus ini. Basuh tangan anda sebelum menyentuh Si Manja dan bertegas kepada sesiapa yang hendak menyentuh Si Manja agar mencuci tangan mereka juga.

Ajar Si Manja anda untuk kerap mencuci tangan mereka. Jadikannya sebagai sebahagian dari permainan dan waktu makan dan basuh tangan anda dengan menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol, sabun dan air

image

2. Mengehadkan Perjumpaan Di Luar Dengan Orang Lain

Si Manja bersifat ingin tahu dan peramah. Tetapi pada masa ini, cuba kurangkan interaksi antara Si Manja dan orang lain. Ia mungkin agak keterlaluan pada permulaannya, tetapi cara ini dapat membantu menghentikan penyebaran virus.

Selain mengelakkan hubungan rapat, jaga jarak selamat sekurang-kurangnya 1 meter antara Si Manja dan sesiapa yang sakit, batuk atau bersin.

image

3. Elakkan Menyentuh Mata, Hidung Dan Mulut

Kita akan cenderung untuk menyentuh banyak permukaan yang berbeza sepanjang hari. Kemudian kita akan memeluk dan menyentuh Si Manja, terutama pada wajah mereka. Oleh itu, bagi sesiapa sahaja yang ingin mendekati Si Manja, termasuk anda, pastikan tangan dicuci dengan teliti dan betul.

image

4. Amalkan Kebersihan Pernafasan

Kita akan cenderung untuk menyentuh banyak permukaan yang berbeza sepanjang hari. Kemudian kita akan memeluk dan menyentuh Si Manja, terutama padah wajah mereka. Oleh itu, bagi sesiapa sahaja yang ingin mendekati Si Manja, termasuk anda, pastikan tangan dicuci dengan teliti dan betul.

image

5. Berasa Sakit? Dapatkan Rawatan Perubatan Lebih Awal

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda awal demam, batuk atau sesak nafas, dapatkan bantuan perubatan terlebih dahulu.

image

6. Ikuti Langkah Penyediaan Makanan Yang Selamat Dan Bersih

Gunakan papan pemotong yang berasingan untuk makanan mentah dan dimasak. Basuh tangan ketika mengendalikan makanan mentah dan dimasak. Pastikan semua daging dimasak dengan sempurna dan dikendalikan dengan betul semasa penyediaan.

image

7. Sentiasa Mengikuti Maklumat Dan Mengikut Nasihat

Si Manja mungkin tidak memahami berita itu. Oleh itu, penting bagi anda untuk mengetahui maklumat terkini mengenai wabak COVID-19 di negara anda. Untuk panduan global, sila rujuk laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dapatkan nasihat daripada sumber yang boleh dipercayai dan hubungi doktor anda sebaik sahaja anda mempunyai sebarang masalah untuk anda dan keluarga anda.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

 

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x