1. Laman ini disediakan oleh Danone untuk tujuan menawarkan maklumat dan komunikasi. Anda bebas untuk melayari Laman ini.
2. Kandungan dalam Laman ini disediakan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang Malaysia dan hanya untuk kegunaan pemastautin Malaysia sahaja. Danone tidak membuat sebarang representasi bahawa maklumat di dalam Laman ini adalah relevan atau sesuai digunakan di tempat lain.
3. Laman web ini menawarkan anda suatu saluran untuk mendapatkan maklumat mengenai rangkaian susu formula Danone. Jika anda memilih untuk melihat maklumat ini, anda bersetuju bahawa Danone menyediakan maklumat ini di atas pilihan anda sendiri untuk tujuan mendapatkan maklumat.
4. Setelah proses pendaftaran anda selesai, anda seharusnya telah mengenalpasti nama pengguna dan kata laluan. Anda mesti memastikan bahawa nama pengguna dan kata laluan anda disimpan di tempat yang selamat dan tidak mendedahkannya kepada sesiapa. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk segala aktiviti yang berlaku di atas nama pengguna dan kata laluan anda. Ia adalah tanggungjawab anda untuk melaporkan kepada kami sekiranya berlaku penggunaan nama pengguna dan kata laluan anda yang tidak sah atau mana-mana pelanggaran sekuriti sebaik saja anda menyedarinya. Kami mempunyai hak untuk meminta pengguna-pengguna meminda nama pengguna dan kata laluan jika perlu untuk tujuan keselamatan.
5. Semua akaun mesti didaftar dengan alamat emel peribadi sah yang anda mengakses secara kerap supaya emel notis boleh dihantar kepada anda. Akaun yang didaftar dengan alamat e-mel orang lain, atau alamat e-mel sementara, mungkin akan dibatalkan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak untuk membatalkan akaun-akaun sekiranya Pengguna adalah dijumpai menggunakan IPs (Internet Protocol address) untuk cuba menyembunyikan penggunaan beberapa akaun Danone, atau jika seorang Pengguna bukan berasaskan Malaysia berpura-pura menjadi Pengguna yang berpangkalan di Malaysia, atau mengganggu mana-mana perkhidmatan kami dengan cara apapun.
6. Penggunaan Laman ini adalah pada risiko anda sendiri. Danone dan/atau syarikat sekutunya tidak membuat apa-apa representasi berkenaan dengan kesesuaian, ketepatan, kekukuhan, kesempurnaan maklumat dan bahan yang terkandung dalam Laman ini untuk sebarang tujuan dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan, peninggalan yang terkandung dalam Kandungan atau mana-mana maklumat lain yang boleh didapati, secara langsung atau tidak, di Laman ini. Danone mahupun mana-mana pihak yang terlibat dalam mencipta, menerbit atau melaksanakan Laman ini adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau kerugian secara langsung, sampingan, turutan, secara tidak langsung atau punitif, sama ada di dalam tindakan kontrak, kecuaian atau tort, yang berdasarkan daripada akses atau kegunaan anda Laman ini dan Kandungannya termasuk sebarang Laman Web Pihak Ketiga (seperti yang dinyatakan di bawah). Ini termasuk kerosakan kepada, atau virus yang mungkin menjangkiti perkakasan komputer dan/atau alatan elektronik anda. Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahan dan menegah Danone daripada dan terhadap apa-apa tuntutan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, fitnah, privasi dan pencerobohan harta intelek. Tanpa mengehadkan perkara sebelum ini, segala maklumat yang terkandung dalam Laman ini adalah disediakan untuk anda atas dasar ‘seperti mana yang ada’ dan tanpa waranti dalam apa jua bentuk sama ada secara nyata atau tersirat atau sebaliknya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang termasuk waranti kebolehniagaan dan kelayakan untuk tujuan tertentu atau ketiadaan pelanggaran.
7. Hakcipta kandungan Laman ini adalah milik Danone. Pengguna-Pengguna boleh memuat turun bahan untuk kegunaan peribadi, bukan komersial, asalkan semua hakcipta dan notis proprietari dilindungi. Penyalinan, pengedaran, dipos naik, pencetakan, pemindahan atau pengubahan sebarang bahagian Laman web bagi tujuan awam atau komersial adalah tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Danone. Apabila anda menghantar atau mengepos sebarang bahan pada atau ke atas Laman ini, anda telah memberikan Danone hak bukan eksklusif, secara global, berterusan, lesen bebas royalti yang disublesen sepenuhnya, di bawah hak milik anda dan hakcipta intelektual anda untuk mengguna, menghasilkan semula, mengubah, menyesuaikan, mencetak, menterjemahkan, membuat kerja derivatif dari atau memaparkan atau mengedar bahan tersebut di seluruh dunia melalui Laman, atau apa jua cara tanpa sebarang kewajipan untuk akaun kepada anda. Anda mengakui bahawa anda bertanggungjawab untuk apa-apa bahan yang dipos naik di Laman ini. Ini bermakna anda (dan bukan kami) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang dikemukakan termasuk kesahihan, kebolehpercayaan, kesesuaian dan memastikan bahawa ia tidak melanggar hak cipta intelek sesiapa atau digunakan dalam pecah kepercayaan keyakinan sesiapa.
8. Semua tanda dagangan, logo, watak atau tanda perkhidmatan (semuanya “Tanda Dagangan”) yang terpapar di dalam Laman sama ada berdaftar atau tidak berdaftar atau sebaliknya dimiliki Danone secara eksklusif. Tiada apa-apa yang terkandung dalam Laman ini boleh ditafsirkan sebagai pemberian hak secara implikasi, estopel atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak dalam atau kepada Tanda Dagangan tanpa kebenaran bertulis daripada Danone. Penggunaan anda terhadap Tanda Dagangan dan kandungan Laman ini, kecuali sepertimana dinyatakan di Terma dan Syarat, adalah tidak dibenarkan sama sekali. Anda dinasihatkan bahawa Danone akan mempertahankan hak milik intelek kami sepenuhnya dalam segala Tanda Dagangan, Laman ini dan kandungannya setakat sepenuhnya undang-undang, termasuk mendapatkan sekatan jenayah.
9. Pelbagai maklumat, nasihat, cadangan, surat, mesej, komen, pos, teks, grafik, perisian, muzik, audio, gambar, video, data, sampel dan bahan yang lain (secara kolektif “Kandungan”) boleh didapati dalam dan melalui Laman ini. Sebahagian daripada Kandungan adalah disediakan oleh Danone dan sebahagian yang lain disediakan oleh Pengguna-Pengguna, seperti pendapat dan pandangan Pengguna melalui soalan dan jawapan catatan. Danone berusaha untuk memastikan Kandungan yang kami meletakkan dan menyediakan dalam Laman adalah didapati tepat, menyeluruh, dan terkini, tetapi kami tidak boleh menjamin atau bertanggungjawab terhadap ketepatan, integriti, kualiti, kesempurnaan dan kekinian, atau bahawa ia mungkin tidak menyenangkan bagi anda, dalam Kandungan yang disediakan oleh kami atau mana-mana Pengguna. Untuk memastikan semua orang dapat menikmati segala kemudahan Laman web ini, sila baca dan patuhi Kod Perilaku yang Wajar (seperti yang diterangkan di bawah).
10. Imej orang atau tempat yang dipaparkan di Laman adalah milik, atau diguna dengan kebenaran oleh, Danone. Penggunaan imej-imej ini oleh anda adalah dilarang selain dibenarkan secara spesifik melalui Terma dan Syarat atau melalui kebenaran spesifik di halaman Laman ini. Penggunaan imej yang tidak sah mungkin melanggar undang-undang hak milik, tanda dagangan dan/atau undang-undang publisiti serta peraturan dan statut komunikasi.
11. Jika anda ingin membawa kepada perhatian kami sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang mengenai Kandungan yang dipos oleh Pengguna-Pengguna lain atau yang boleh didapati di Laman ini dan anda ingin melaporkan aduan dengan kami, sila guna pautan ‘report abuse’ yang didapati di halaman yang mengandungi Kandungan yang diberikan oleh Pengguna-Pengguna.
12. Kandungan yang dipaparkan di Laman ini atau yang disediakan oleh kakitangan Careline kami adalah atas pemahaman bahawa Danone dan Penggunanya tidak dilanggan dalam memberi perkhidmatan atau nasihat perubatan, kaunseling , undang-undang atau profesional yang lain. Kandungan dalam Laman ini atau yang disediakan oleh kakitangan Careline kami adalah untuk tujuan memberi maklumat dan bukan sebagai nasihat perubatan atau penjagaan kesihatan atau menggantikan nasihat profesional berkaitan keadaan spesifik atau soalan mengenai sesuatu keadaan perubatan atau masalah undang-undang. Sentiasa rujuk nasihat doktor keluarga, pakar pediatrik atau para penjagaan kesihatan profesional yang lain mengenai keadaan perubatan sebelum memulakan sebarang rawatan baru.
13. Maklumat peribadi yang anda memberikan secara sukarela kepada Danone melalui Laman, seperti pendaftaran interaktif serta permintaan sampel mungkin digunakan oleh Danone Dumex selaras dengan Polisi Privasi Danone (boleh didapati di sini: Polisi Privasi). Ia mungkin digunakan bagi tujuan akses dalaman Laman ini dan keperluan pelanggan kami. Dengan memberi maklumat seperti yang dinyatakan, anda bersetuju secara nyata bahawa Danone mengguna maklumat peribadi untuk tujuan ini dan seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi Danone.
14. Danone menasihati bahawa anda tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi mengenai diri sendiri atau orang lain (sebagai contoh: nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat rumah atau alamat emel, atau mana-mana maklumat yang membolehkan anda dikenalpasti), di mana-mana komuniti Danone. Danone tidak akan bertanggungjawab untuk apa jua keadaan atau akibat yang berpunca daripada maklumat peribadi yang didedahkan secara sukarela oleh anda. Walaupun Danone mengambil semua langkah-langkah yang sesuai dan munasabah untuk melindungi maklumat peribadi anda, Danone tidak dapat memastikan bahawa sebarang penghantaran data peribadi anda melalui internet adalah 100 % selamat dan Danone berhak untuk menolak apa-apa tanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung sekiranya peribadi maklumat dicuri, digodam, dihilang atau rosak akibat kemalangan atau dengan cara lain.
15. Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga yang lain (“Laman Web Pihak Ketiga”). Danone tidak akan bertanggungjawab untuk kandungan atau kredibiliti Laman Web Pihak Ketiga atau ulasan berterusan Laman Web Pihak Ketiga lain. Pautan yang disediakan ke Laman Web Pihak Ketiga tidak dianggap sebagai pengendorsan oleh Danone. Akses ke mana-mana Laman Web Pihak Ketiga yang dipautkan adalah pada risiko anda sendiri. Danone menasihat anda supaya berhati-hati apabila anda meninggalkan Laman kami dan membaca terma dan syarat pada Laman Web Pihak Ketiga. Terma dan Syarat ini hanya tertakluk bagi maklumat yang diperolehi Danone dalam Laman ini. Hiperpautan (hyperlinking) ke Laman ini,dalam apa jua cara, adalah tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada Danone.
16. Danone tidak membuat representasi atau menjamin bahawa Laman ini atau sebarang Laman Web Pihak Ketiga lain yang berpautan bersama kami, boleh diakses atau didapati dari masa ke semasa, atau bahawa akses kepada yang sama tidak akan terganggu atau bebas ralat.
17. Danone mempunyai hak untuk mengubah atau memadam kandungan daripada Laman ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Maklumat yang dipaparkan di Laman ini mungkin mengandungi kesilapan tipografi atau ketidaktepatan teknikal. Maklumat tersebut mungkin dikemaskinikan dari masa ke semasa. Danone mungkin membuat perbaikan dan/atau perubahan dalam produk-produk yang diterangkan di sini pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa.
18. Danone mungkin, pada bila-bila masa, mengubah Terma dan Syarat ini dengan mengemaskinikan halaman ini. Anda diikat dengan perubahan ini dan justeru itu, harus melayari halaman ini dari masa ke semasa untuk memahami Terma dan Syarat yang terkini.
19. Danone mempunyai hak untuk menafi atau menghadkan akses individu tertentu ke dalam Laman ini, atau menghalang akses dari alamat Internet tertentu ke Laman ini, pada bila-bila masa, tanpa memberikan apa jua sebab.
20. Terma dan Syarat ini adalah ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian hendaklah dikemukakan kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia.