Proses pertumbuhan awal Si Manja penting kerana pada tempoh ini, mereka mengalami perkembangan yang ketara. Fasa perkembangan yang cepat ini memerlukan diet yang kaya dengan pelbagai nutrien untuk menyokong kesihatannya sekarang, untuk membina asas yang kukuh untuk tumbesaran dan perkembangan pada masa depan.
Antara usia 1 dan 3, berat badan Si Manja akan meningkat sekitar 40%, dan ketinggiannya akan meningkat sekitar 25%!* Semua organnya akan terus berkembang untuk menyokong tubuh badannya yang kian hari membesar.
Setiap hari, perkembangan hariannya akan jelas kelihatan: lebih banyak berinteraksi dengan anda, bermain, dan semakin berdikari. Kegiatan fizikal dan mental yang bertambah membolehkan Si Manja anda progres daripada disuap kepada aktiviti yang lebih rumit seperti boleh makan sendiri, membuat katil, memakai baju sendiri.
Tahukah anda, menjelang ulang tahun ketiga, pertumbuhan otak Si Manja anda akan mencapai 85% saiz penuhnya?*
Untuk menyokong perkembangan ini, Si Manja memerlukan diet yang sihat - kaya dengan pelbagai nutrien. Namun demikian, keperluan nutrisinya berbeza dengan orang dewasa.