Susu Ibu Adalah Terbaik Untuk Si Manja Anda

Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

 

Manfaat Susu - Khasiat & Kepentingan untuk Anak

 

Susu masih merupakan komponen yang penting dalam diet Si Manja anda yang semakin membesar. Walaupun kini, mereka mungkin akan makan 3 kali sehari, susu masih mengandungi banyak nutrien yang penting untuk mereka kekal sihat. ​

Tips untuk menyertakan susu dalam diet Si Manja anda​

Kebanyakan kanak-kanak akan melalui fasa cerewet makan, terutamanya bab susu. Namun, sebagai Mama, anda boleh berimprovisasi! Berikut adalah beberapa tips untuk menyertakan susu dan produk tenusu dalam diet Si Manja anda:​

Mulakan hari Si Manja anda dengan semangkuk bijirin dengan susu yang lazat! ​

Berikan susu suam sebagai sebahagian daripada rutin tidur Si Manja. Duduk bersama-sama dan nikmati detik bersama sebelum masa tidur. Si Manja anda dengan segelas susu suam, dan anda dengan secawan teh atau susu.​

Ingat untuk menggosok gigi!​

Berikan susu dalam cawan yang menarik dan menyeronokkan dalam warna kegemaran Si Manja anda, atau dengan watak kegemaran mereka​

Anda juga boleh membuat popsikel/aiskrim susu.​

Bancuh susu dan biarkan sejuk. Ajak Si Manja menolong anda menuangkan susu ke dalam acuan dan bekukan. Penglibatan Si Manja dalam proses membuat susu akan mengalakkan mereka lebih terbuka untuk mencuba hasil eksperimen mereka.​

Cuba ubah cara mereka meminum susu - jika Si Manja anda biasanya meminum susu sejuk, cubalah untuk memanaskannya.​

Masukkan susu ke dalam masakan seperti telur hancur (scrambled eggs), sos pasta dan puding.​

Untuk ketahui lebih lagi, baca artikel mengenai Pemakanan Cerewet…tetapi ingatlah untuk sentiasa kekal tenang dan menggalakkan untuk memberi semangat kepada Si Manja.​

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

 

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x