Bahan-Bahan:
● Kepingan ayam (ham) secukupnya, dipotong kecil
● ½ sudu besar bawang besar, didadu
● 2 sudu besar lobak merah, didadu
● 2 biji cendawan butang, dihiris nipis
● 2 biji telur, dipukul
● 100ml susu Dugro®
● ½ cawan parutan keju Cheddar atau Parmesan
● 1 sudu besar minyak
● Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
● Paf pastri secukupnya
● Acuan pai aluminium secukupnya
Cara Penyediaan:
- Panaskan ketuhar pada 170°C. Alas acuan pai dengan paf pastri.
- Panaskan minyak. Tumis hirisan ayam sehingga masak.
- Masukkan bawang besar, lobak merah dan cendawan. Angkat.
- Sudukan sayuran ke dalam paf pastri.
- Campurkan telur, susu, garam dan serbuk lada hitam. Tuang sehingga menutupi sayuran.
- Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
Nota:
- Boleh gantikan dengan sayur-sayuran yang digemari anak anda.
- Jika suka, boleh sedikan quiche tanpa dilapik dengan paf pastri.
- Resipi menghasilkan 2 biji quiche mengikut saiz acuan yang digunakan.
- Untuk mengetahui sama ada ia masak atau tidak, cucuk pisau di tengahnya dan ia tidak melekat.