Bahan-Bahan:
● 2 sudu besar Susu Dugro®
● 2 sudu besar air suam
● 1 keping roti, disiat kecil
● 40g potongan lobak merah, dicelur
● 50g isi ayam cincang
● Garam secukup rasa
● 2 sudu besar mentega
Untuk Menghidang:
● 2 ban burger
● 2 keping keju
● Hirisan tomato
Cara Penyediaan:
- Larutkan Susu Dugro® dengan air suam. Rendam roti sehingga lembut.
- Cincang halus lobak merah dan brokoli. Gaulkan dengan bahan lain kecuali mentega.
- Bentukkan menjadi 2 kepingan setebal 1 cm. Panaskan 1 sudu besar mentega dan goreng sehingga masak.
- Sapukan roti dengan baki mentega dan panaskan. Hidangkan burger dengan keju dan tomato.
Nota:
- Boleh gantikan dengan sayur-sayuran yang digemari anak anda.
- Selain mencelur, anda boleh kukus sayur-sayuran.
- Jika isian burger agak kering (tidak bersatu), tambah sedikit telur yang dipukul.
- Isian burger boleh disediakan awal dan diletak di dalam peti pembeku. Untuk mengelak ia melekat, letak sekeping kertas kalis lekat.
- Simpan brokoli dan lobak merah di dalam bekas bertutup dan letak di dalam peti sejuk.