Bahan-Bahan:
● ¼ cawan beras, dibersihkan
● 3 cawan stok ayam
● ¼ cawan lobak merah dadu
● ½ cawan potongan brokoli
● 2 sudu besar jagung
● 100g kepingan ikan dory, dihiris
Cara Penyediaan:
- Masak beras dan stok ayam sehingga lembut.
- Masukkan lobak merah, brokoli dan jagung.
- Apabila lobak merah empuk, masukkan ikan.
- Masak 1-2 minit lagi kemudian angkat.
Nota:
- Untuk bubur lebih hancur, tambahkan stok atau air.
- Boleh gantikan dengan sayur-sayuran yang digemari anak anda.
- Boleh juga masak nasi dan air pada hujung minggu. Apabila sejuk, simpan dalam bekas kedap udara. Letak di dalam peti sejuk. Bubur boleh disediakan di dalam periuk tekanan (pressure cooker).
- Stok ayam boleh dibuat pada hujung minggu. Letak di dalam bekas kecil di dalam peti pembeku. Tahan seminggu di dalam peti sejuk.
- Simpan brokoli dan lobak merah di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk.
- Bahagikan bubur ke dalam bekas untuk hidangan kemudian bekukan. Panaskan atau kukus di dalam periuk untuk disajikan bila perlu.