Susu Ibu Adalah Terbaik Untuk Si Manja Anda

Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

7 Tips Didikan Yang Boleh Diamalkan Mama Papa Untuk Memupuk Anak Yang Hebat

Perkembangan 360◦ adalah perkembangan menyeluruh yang menjadikan Si Manja NextGen hebat dengan ciri-ciri seperti cepat belajar, sihat fizikal, pandai berinteraksi dan baik budi. Apabila Si Manja mencapai kesemua ciri-ciri tersebut, yakinlah bahawa Si Manja anda bersedia untuk menempuh masa hadapan. Membesarkan Si manja bukan hanya menyediakan tempat tinggal yang selesa malah lebih daripada itu. Untuk ketahui lagi tentang Perkembangan 360◦, baca di sini

Cara Didik Si Manja Membesar Jadi Anak Yang Hebat

1. Perhatikan Minat Si Manja

Ketahui dan selidik apakah perkara yang Si Manja anda suka. Jika anda tahu perkara atau sesuatu aktiviti yang disukai Si Manja, inilah masanya untuk anda mengasah bakat dan terus galakkan mereka secara positif.

Percayalah, jika Mama Papa menyokong minat Si Manja, pasti mereka akan cepat belajar dengan menonjolkan lebih lagi minat dan terus bersemangat untuk berjaya dalam bidang yang disukai. Selain itu juga, anda telah membuktikan pada Si Manja bahawa anda adalah ibu bapa yang hebat kerana menyokong minatnya!

2. Beri Peluang Untuk Si Manja Buat Keputusan

Ianya semudah memberi peluang kepada Si Manja untuk memilih baju apa yang hendak dipakai setiap hari. Ini adalah salah satu cara untuk Mama Papa mendidik Si Manja untuk berdikari dan cepat belajar dalam membuat keputusan sendiri. Selain itu juga, Si Manja yang  mencapai Perkembangan 360◦ akan lebih cepat belajar jika mereka boleh berfikir di luar kotak dan tahu untuk menyelesaikan masalah sendiri.

3. Layan Si Manja Dengan Kebaikan dan Rasa Hormat

Kita tahu kadang-kadang, sebagai ibu bapa kita berhak untuk menegur Si Manja jika mereka melakukan kesalahan. Tetapi kita harus meletakkan batas ketika menegur kesalahan mereka seperti elakkan daripada menegur dan memarahi Si Manja di depan khalayak ramai. Cara mendidik Si Manja untuk menjadi anak yang baik budi dan hebat adalah dengan melayan mereka dengan penuh rasa hormat kerana ianya bakal mempengaruhi perbuatan dan percakapan mereka pada orang lain. Si Manja dengan Perkembangan 360◦ bukan sahaja hebat dari segi mental tetapi untuk berjaya di masa hadapan, baik budi merupakan ciri penting yang perlu diterapkan sejak Si Manja kecil lagi.

4. Ajar Si Manja Dengan Adab Yang Baik

Setiap kali Mama Papa melakukan sesuatu perkara, biasakan diri dengan perkataan “Tolong dan “Terima Kasih”. Ini secara tidak langsung dapat mengajar Si Manja untuk menjadi anak yang sopan dan baik budi. Pada masa yang sama juga, anda membesarkan Si Manja yang akan berinteraksi dengan kawan-kawan dan orang lain. Kerana itu, percakapan dan perbuatan yang baik haruslah bermula dari Mama Papa kerana mereka melihat anda, dan mengikut cara anda. Jadilah contoh terbaik buat Si Manja bagi membentuk keperibadian, adab dan akhlak Si Manja anda.

5. Lakukan Aktiviti Riadah Bersama Si Manja

Si Manja dengan Perkembangan 360◦ adalah Si Manja yang juga sihat fizikal. Si Manja yang sihat fizikal mempunyai ketinggian dan berat badan yang optimum selain daripada kurang aktif dan sentiasa sakit.

Selain daripada pengambilan nutrisi dan makanan yang seimbang, bagi memastikan Si Manja mencapai Perkembangan 360◦, Mama Papa harus galakkan Si Manja untuk melakukan aktiviti yang sihat bersama-sama seperti keluar berbasikal. Jika Si Manja aktif dari segi fizikal,  tentulah perkembangan mental dan kemahiran sosial mereka juga turut terjaga.

6. Makan Bersama

Untuk memastikan Si Manja pandai berinteraksi, semuanya bermula di rumah. Komunikasi dengan Si Manja adalah penting untuk Perkembangan 360◦ mereka. Zaman sekarang, Mama Papa banyak yang dah bekerja dan bukanlah mudah untuk berkumpul bersama ketika waktu makan kerana komitmen pekerjaan. Tetapi, pastikan Mama Papa meluangkan masa untuk makan bersama hari-hari sama ada waktu sarapan atau ketika makan malam.

Dan ketika ini, ambil peluang untuk berbual dan berinteraksi bersama Si Manja dan juga ahli keluarga yang lain. Berikan sepenuh perhatian terhadap keluarga ketika waktu makan dan tutup gajet supaya Si Manja dapat belajar dan pandai berinteraksi bersama anda dan menghargai waktu berharga seperti ini. 

7. Pemakanan Yang Seimbang

Waktu makan bersama keluarga penting bagi memastikan Si Manja pandai berinteraksi dan menghargai waktu berharga bersama keluarga. Pada masa yang sama juga, Mama Papa harus memastikan pemakanan dengan khasiat yang seimbang dititikberatkan agar mereka membesar mencapai Perkembangan 360◦ dan sentiasa bersedia untuk menempuh masa hadapan. 

Sebagai sebahagian daripada diet seimbang, susu formula antara sumber nutrien penting untuk Si Manja membesar hebat. Berikan Si Manja anda Dugro® NextGen NUTRI dengan formulasi terbaharu yang mengandungi bukan sahaja DHA Tertinggi* malah nutrien penting seperti Zat besi, Kalsium, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D dan Vitamin E.

*Berdasarkan kandungan DHA/100g dalam kategori umur 1-6 tahun, dalam lingkungan harga yang sama (<RM35/kg), Nielsen syer >9% sebagaimana pada Januari 2020.

Pengambilan 3 gelas susu sehari berserta dengan hidangan seimbang dapat membantu menyokong pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh Si Manja. Dengan kasih sayang anda, anak Mama Papa pasti membesar dengan hebat dan ianya bermula dari ibu bapa yang hebat!

Sampel boleh didapati dalam dua perisa, Dugro® berperisa Asli dan Dugro® Fruit & Veg. Dapatkan sampel hari ini!

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x