Susu Ibu Adalah Terbaik Untuk Si Manja Anda

Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Persiapan Masa Depan Kanak-Kanak Dengan Perkembangan 360

Membesarkan anak di zaman ini tidak semudah dahulu. Mama Papa dihimpit rasa risau, adakah Si Manja mampu membesar di era yang jelas lebih mencabar ini? Secara dasarnya, anak yang bijak adalah anak yang hebat secara akademik. Tetapi membesar di zaman ini, semuanya perlu seimbang. Si Manja perlu pandai mengawal emosi selain membesar aktif. Celik akal sahaja bukan lagi penentu masa hadapan malah Mama Papa inginkan Si Manja mencapai Perkembangan 360◦. Ianya amatlah penting sebagai persiapan untuk Si Manja bersedia menempuh masa hadapan. 

APAKAH ITU PERKEMBANGAN 360◦?

Perkembangan 360◦ merangkumi perkembangan menyeluruh Si Manja anda bermula daripada fizikal, mental dan emosi. Pendidikan dan kemajuan akademik Si Manja amatlah penting tetapi perlu diingatkan, elakkan daripada Si Manja berasa tertekan ketika belajar bagi memastikan perkembangan mental yang sihat. Selain perkembangan mental, kecergasan fizikal, kemahiran sosial dan mempunyai hati budi yang baik juga merupakan asas yang penting untuk mencapai Perkembangan 360◦.

Mesti Mama Papa tertanya-tanya, bagaimanakah caranya untuk Si Manja mencapai Perkembangan 360◦ sekaligus menjadikan Si Manja anda NextGen yang hebat dan bersedia untuk menempuh masa hadapan. Sebagai persiapan, Mama Papa harus pastikan mereka mempunyai 4 perkara ini:

1. Cepat Belajar

Isi masa mereka dengan aktiviti yang bermanfaat kerana setiap minit itu mereka belajar. Minda kanak-kanak sama seperti span, mereka sangat cepat belajar jika diajar dengan cara yang betul. Untuk Si Manja mencapai Perkembangan 360◦, ianya bukan sahaja dari segi akademik, malah cara berfikir diluar kotak dan tahu menyelesaikan masalah juga merupakan antara ciri-ciri Si Manja cepat belajar.

Si Manja belajar melalui persekitaran mereka. Jadi Mama dan Papa haruslah memperbanyakkan aktiviti yang boleh merangsang minda mereka seperti membaca buku sebelum tidur, menyanyi sambil mengira, tunjuk kad berwarna dan tanyakan benda-benda yang sama seperti warna yang tertera seperti “epal berwarna Merah, bintang berwarna kuning”. Selain itu juga, Mama dan Papa boleh ajar Si Manja perkara-perkara harian seperti angkat pinggan selepas makan serta kemas mainan dan simpan di tempat yang sepatutnya.

2. Sihat Fizikal

Ciri-ciri kanak-kanak yang sihat fizikal adalah Si Manja yang mempunyai ketinggian dan berat badan yang optimum selain daripada kurang sakit dan sentiasa aktif.

Mengapa ianya penting untuk Si Manja mendapat fizikal yang sihat? Apabila tubuh badan sihat, Mama dapat memastikan Si Manja mempunyai tenaga untuk belajar baik dari kemahiran sosial mahupun perkembangan mental mereka.

Selain daripada memastikan Si Manja mendapat nutrisi yang secukupnya untuk Perkembangan 360◦ mereka, Mama Papa harus kreatif dalam memberi semangat untuk Si Manja kekal aktif. Galakkan Si Manja untuk sertai aktiviti sukan dan kurikulum di sekolah. Mama Papa juga boleh dedahkan anak-anak dengan aktiviti di luar sekolah seperti mendaftarkan mereka ke kelas berenang dan kelas seni mempertahankan diri. Ini dapat membantu Si Manja mencapai Perkembangan 360◦.

3. Pandai Berinteraksi

Si Manja yang pandai berinteraksi adalah mereka yang boleh berkomunikasi, pandai membawa diri dan mudah bergaul dengan orang sekeliling. Ini adalah salah satu kemahiran yang penting dalam kerja mereka satu hari nanti. Kemahiran ini juga dapat membantu Si Manja untuk jadi lebih yakin dan mengajar mereka untuk pandai menilai antara baik dan buruk sesuatu perkara.

Untuk pastikan Si Manja anda pandai berinteraksi, apa yang Mama Papa boleh lakukan adalah dengan ajak Si Manja bermain bersama kawan-kawan. Ajar Si Manja untuk berkongsi permainan di samping mengajar mereka untuk berkawan sesama mereka. Selain tu juga, Mama Papa boleh pastikan Si Manja hebat berinteraksi dengan bertanyakan kepada mereka tentang aktiviti seharian mereka. Ini dapat memupuk keyakinan dan menjadikan mereka berani untuk berkomunikasi.

4. Baik Budi

Si Manja yang bijak dan berjaya bukanlah penentu segalanya kerana pentingnya untuk mereka menjadi seorang yang baik budi sejak dari kecil lagi. Ini adalah nilai murni yang perlu diterapkan untuk menanam sikap prihatin di dalam diri Si Manja.

Perilaku yang baik bermula dari rumah. Mama Papa memainkan peranan yang besar untuk perkembangan emosi Si Manja kerana anda adalah contoh terdekat buat mereka. Ajar Si Manja untuk menjadi seorang yang penyayang dengan membawa mereka keluar melakukan aktiviti memberi makanan kepada kucing-kucing terbiar. Ini dapat mengajar dan menanam sikap empati ke dalam diri Si Manja. Selain itu juga, Mama Papa boleh mengajar mereka untuk menjadi seorang anak yang jujur jika melakukan apa-apa kesalahan walaupun satu kesalahan yang dilakukan mereka amatlah kecil. Sifat-sifat ini harus diajar dan diterapkan sejak kecil lagi agar Si Manja membesar mencapai Perkembangan◦ dan menjadi insan yang hebat satu hari nanti.

NUTRISI JUGA PENTING UNTUK PERKEMBANGAN 360◦

Bagi memastikan Si Manja mempunyai kesemua ciri-ciri Perkembangan 360◦, Mama Papa harus mendorog Si Manja dengan tabiat pemakanan yang sihat dan memastikan susu formula menjadi salah satu makanan tambahan di dalam hidangan harian mereka.

Susu formula adalah sebahagian daripada diet harian Si Manja. Bekalkan mereka susu formula dengan Inovasi terbaharu, Dugro® NextGen Nutri dengan formulasi terunggul* yang mengandungi bukan sahaja tinggi kandungan DHA (51.2mg/100g) malah terdapat pelbagai lain nutrient penting seperti Zat Besi, Kalsium, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D dan Vitamin E.

*Berbanding dengan formulasi Dumex Dugro® pada tahun 2011

Nutrien-nutrien yang terkandung dalam Dugro® NextGen Nutri adalah penting untuk Perkembangan 360° Si Manja dengan kasih sayang anda selain menjadi sebahagian daripada diet seimbang.

Berikan perhatian dan tumpuan pada Si Manja di saat mereka sedang membesar. Jadikan waktu ini sebagai tanggungjawab Mama Papa bagi memastikan persiapan buat mereka menempuh pelbagai cabaran dan bersedia untuk menghadapi masa hadapan. 

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x