Peranan sistem penghadaman:
Memastikan penghadaman yang baik
Peranan sistem penghadaman bermula dengan mencernakan makanan dan berakhir dengan penghapusan sisa makanan melalui najis. Kehadiran bakteria baik dapat membantu penyerapan mineral3 yang lebih berkesan, mengurangkan pembiakan bakteria yang berbahaya dan membantu najis menjadi lembut untuk pergerakan usus yang lancar.
Mengekalkan sistem imun
Sebanyak 70% daripada sel-sel imun boleh didapati di sistem penghadaman. Oleh ini sistem penghadaman adalah penting untuk menjaga kesihatan sistem imun. Kajian juga menunjukkan bahawa prebiotik dan probiotik dapat meningkatkan kesihatan perut, mengurangkan jangkitan kanak-kanak4 dan menangani masalah seperti dermatitis atopik dan penyakit radang usus5.
Menyokong perkembangan kognitif
Fungsi sistem penghadaman yang baik membantu penyerapan nutrisi penting yang diperlukan oleh Si Manja untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat6. Nutrisi yang cukup untuk menyokong penghadaman yang sihat memberi kesan positif terhadap fungsi kognitif Si Manja dan memberikan ruang untuk perkembangan yang optimum7.
Penghadaman yang baik dapat dilihat melalui pergerakan usus Si Manja, kekerapan najis seperti yang terdapat di Carta Najis Bristol8, dan mengelakkan penyakit penghadaman seperti cirit-birit dan sembelit9.
Mama dan Papa boleh membantu penghadaman yang sihat dengan memastikan Si Manja minum air yang mencukupi dan makan makanan yang mengandungi serat, melakukan senaman fizikal yang mencukupi dan mempertimbangkan pengambilan susu tepung yang diformulasikan dengan prebiotik seperti inulin untuk kesihatan perut yang baik.