Susu Ibu Adalah Terbaik Untuk Si Manja Anda

Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Jenis Najis Dan Tahap Kesihatan Kanak-Kanak

Sebagai Mama & Papa, bercakap mengenai najis telah menjadi perbualan yang biasa. Tambahan pula, Mama & Papa seharusnya mengetahui semua tentang Si Manja mereka, sehingga kepada topik yang kurang menyenangkan. Adalah penting untuk mendapat pendidikan dan pengetahuan sepenuhnya tentang najis Si Manja anda dan tanda-tanda pergerakan & kesihatan usus mereka.

Ia dapat menunjukkan tanda-tanda masalah penghadaman, kurang nutrisi dan masalah yang berkaitan. Mama & Papa tidak perlu segera berjumpa doktor dengan membawa pek sampel jika sekiranya Mama & Papa fikir mungkin ada masalah dengan najis Si Manja.

Rujuk tujuh fakta mudah tentang najis Si Manja ini melalui tanda-tanda yang ditunjukkan dapat membantu Mama & Papa membuat keputusan tentang keperluan untuk membawa Si Manja berjumpa dengan doktor:

Fakta #1: Najis kebanyakannya dihasilkan daripada air!

Mama & Papa perlu menggalakkan Si Manja anda makan lebih banyak makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan kekacang. Sungguhpun begitu, najis yang keluar itu kebanyakannya dihasilkan daripada air.

Serat dikenali dapat menangani masalah sembelit tetapi tidak banyak terkandung di dalam najis. Serat selalunya tidak dihadam oleh badan jadi ia akan melalui usus kecil dan usus besar dan keluar daripada badan anda. Terdapat dua jenis Serat iaitu larut dan tidak larut. Serat yang tidak larut menggalakkan pergerakan bahan melalui sistem penghadaman dan telah menjadi sebab mengapa Mama & Papa sering memberikan makanan yang tinggi kandungan serat.1

Fakta #2: Warna najis: Kuning, hijau atau coklat adalah normal.

Warna, kekerapan dan bau najis Si Manja anda mungkin berbeza. Najis berwarna coklat dan kekuningan adalah normal, dan mungkin berbeza antara kedua-dua warna tersebut bergantung kepada makanan yang mereka makan.2

Menariknya, najis yang berwarna hijau menunjukkan tanda diet Si Manja anda tinggi dalam sayur-sayuran seperti bayam, dan najis juga keluar berwarna sedikit kehijauan3. Tetapi jika Si Manja anda membuang najis berdarah atau putih pucat, segera dapatkan nasihat dokor kerana ia merupakan tanda kepada masalah yang lebih serius.2

Fakta #3: Tidak membuang air besar lebih daripada sehari dalam satu masa tidak bermakna Si Manja anda mengalami sembelit.

Hanya kerana Si Manja anda tidak membuang najis setiap hari tidak bermakna terdapat masalah. Bagi mereka yang baru menjadi Mama & Papa mungkin bimbang kerana ini mungkin menimbulkan ancaman kepada kesihatan Si Manja mereka. Tetapi sebenarnya adalah menjadi kebiasaan untuk Si Manja tidak membuang najis setiap hari. Mereka semakin membesar, otot perut dan sistem penghadaman masih berkembang4.

Sekiranya Si Manja anda bertindak normal dan gembira, kemungkinan besar mereka tidak mengalami sembelit. Sekiranya mereka kelihatan sakit ketika membuang air besar dan pergerakan usus mereka tidak teratur, kemungkinan itu adalah tanda sembelit5.

Pantau dengan teliti, terutama terhadap kekerapan najis mereka sebagai petunjuk yang baik sama ada mereka menghadapi sembelit ataupun tidak.

Fakta #4: Apabila mengalami najis keras dan terputus-putus, Si Manja mungkin mengalami sembelit

Menurut Carta Najis Bristol, jika najis Si Manja anda kelihatan seperti contoh di bawah Jenis 1, terdapat kemungkinan Si Manja anda mengalami sembelit. Najis tersebut digambarkan seperti keras dan kasar. Keadaan ini menjadikan Si Manja tidak selesa bahkan menyakitkan semasa membuang najis. Bagi sesetengah kes, Si Manja anda mungkin mungkin mengalami pendarahan daripadanya.

Kes sembelit yang berpanjangan boleh menyebabkan banyak najis ditahan di dalam usus dan kemudian mungkin boleh menyebabkan Si Manja membuang najis tanpa sengaja (ketika Si Manja telah dilatih menggunakan tandas tetapi masih tidak dapat mengawal pembuangan najis sewaktu mereka dalam keadaan sedar dan aktif). Dalam jangka masa panjang, masalah ini dapat mengurangkan keyakinan diri dalam persekitaran sosial.

Jangan biarkan sampai ke tahap ini dan pastikan diet Si Manja anda kekal seimbang.

#Fakta 5: Sembelit adalah perkara biasa pada Si Manja

Ini merupakan sesuatu yang menyedihkan tetapi benar. Sembelit dalam kalangan kanak-kanak adalah isu yang biasa6. Perkara ini boleh berlaku daripada beberapa isu, termasuk kekurangan Serat dalam diet mereka, kurang minum air, keengganan untuk belajar membuang najis di dalam bekas tandas dan kerisauan pada setiap perubahan terhadap rutin harian mereka seperti sewaktu mula memasuki alam persekolahan, ketibaan ahli kekuarga baru & pertukaran pengasuh dan lain-lain.

Mama & Papa boleh membantu untuk menangani masalah ini dengan memastikan Si Manja makan makanan Serat yang secukupnya.

#Fakta 6: Cirit-birit boleh menyebabkan dehridrasi

Apabila Si Manja anda mengalami cirit-birit, pastikan mereka meminum air yang mencukupi, sama ada minum susu atau air bagi mengelakkan dehidrasi. Elakkan minuman seperti jus buah kerana boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Pakar kesihatan mengesyorkan untuk mengambil probiotik apabila Si Manja anda mengalami cirit-birit dan pastikan mereka kekal hidrat7. Oleh itu, cirit-birit menyebabkan Si Manja tidak selesa, rawatan dan pengurusan yang betul adalah penting untuk menangani masalah ini.

#Fakta 7: Melatih Si Manja anda membuang air besar lebih mudah daripada membuang air kecil

Apa yang baik tentang tumbesaran Si Manja, mereka dengan sendirinya akan belajar menggunakan bekas tandas. Apabila tiba masanya untuk mereka mempelajari menggunakan bekas tandas untuk kali pertama, pengalaman yang kedua adalah lebih mudah. Mama & Papa boleh melatih Si Manja menggunakan bekas tandas namun jangan memaksa jika mereka enggan menggunakannya. Mereka mungkin tidak bersedia dan ini akan menyebabkan mereka hilang keyakinan untuk menggunakan bekas tandas ini pada masa hadapan8. Ianya dapat membantu pergerakan usus dan najis mereka akan kelihatan baik!

Sekarang kerana anda sudah dilengkapi dengan semua fakta ini, anda seharusnya dapat memastikan pergerakan usus Si Manja anda lancar seperti bahagian kulit yang licin.

Rujukan:

1Dietary fiber: Essential for a healthy diet. [Internet]. 22.09.2015. Diambil daripada www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/fiber/art-20043983 [06.06.2017]
2What can your child’s poop color tell you [Internet] Diambil daripada www.hopkinsmedicine.org/johns-hopkins-childrens-center/what-we-treat/specialties/gastroenterology-hepatology-nutrition/stool-color-overview.html [16.06.2017] PLoSPathog. Nov 2013; 9(11): e100372. https://doi.org/10.1371/journal.ppat.1003726 (Diakses pada Mei 5, 2017)
3Green stool. [Internet]. 19.09.2015. Diambil daripada www.mayoclinic.org/symptoms/green-stool/basics/causes/sym-20050708 [15.06.2017]
4Constipation in children: what to do. [Internet]. 01.09.2013. Diambil daripada www.pamfblog.org/2013/09/child-constipation [16.06.2017]
5Gellner, C., Dr. The poop on poop: kids constipation. [Internet]. 08.01.2014. Diambil daripada healthcare.utah.edu/the-scope/shows.php?shows=0_v590hptx [14.06.2017]
6Constipation in children. [Internet]. 18.08.2016. Diambil daripada www.mayoclinic.org/diseases-conditions/constipation-in-children/home/ovc-20235976 [16.06.2017]
7Schmitt, B. D. Diarrhea: toddler (age 1 to 3 years). [Internet] Diambil daripada www.summitmedicalgroup.com/library/ pediatric_health/hhg_diarrhea_toddler/ [06.06.2017
8Toilet teaching your child. [Internet] 01.10.2014. Diambil daripada kidshealth.org/en/parents/toilet-teaching.html# [16.06.2017]

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x