Susu Ibu Adalah Terbaik Untuk Si Manja Anda

Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Artikel | 7 CARA UNTUK MELINDUNGI SI MANJA

Ikuti 7 langkah mudah ini untuk mengurangkan risiko penyebaran Coronavirus, sekaligus melindungi Si Manja daripada terdedah kepada virus ini.

CUCI TANGAN DENGAN KERAP

Coronavirus merebak melalui sentuhan manusia. Jadi amalan kebersihan diri amatlah penting. Pastikan anda dan sesiapa yang ingin menyentuh Si Manja mencuci tangan dengan bersih terlebih dahulu. Anda juga boleh membantu Si Manja untuk selalu mencuci tangannya dengan air dan sabun. Amalan ini dapat membunuh virus tersebut serta mengelakkan anda dan Si Manja daripada dijangkiti. 

HADKAN BERKUNJUNG KE TEMPAT TUMPUAN RAMAI & BERGAUL RAPAT

Sudah menjadi kebiasaan di mana Si Manja anda yang comel pasti menjadi tumpuan ramai. Cuba elakkan daripada Si Manja dipeluk mahupun didukung orang lain. Memang tidak mudah untuk meminta supaya Si Manja untuk tidak disentuh tapi ini dapat membantu menyekat penyebaran virus tersebut. Pastikan anda menjarakkan diri sejauh 1meter (3 kaki) daripada mereka yang batuk dan bersin.

ELAKKAN DARIPADA MENYENTUH MATA, HIDUNG & MULUT

Sudah menjadi kebiasaan di mana Si Manja anda yang comel pasti menjadi tumpuan ramai. Cuba elakkan daripada Si Manja dipeluk mahupun didukung orang lain. Memang tidak mudah untuk meminta supaya Si Manja untuk tidak disentuh tapi ini dapat membantu menyekat penyebaran virus tersebut. Pastikan anda menjarakkan diri sejauh 1meter (3 kaki) daripada mereka yang batuk dan bersin.

MENGAMALKAN ETIKA BATUK YANG BAIK

Banyak benda yang kita sentuh sepanjang hari. Dan kita juga gemar menyentuh Si Manja, yang kemudiannya kerap menyentuh muka sendiri. Oleh sebab itulah penjagaan kebersihan tangan amatlah penting kerana virus ini mudah berpindah ke dalam badan melalui mata, hidung dan mulut. Dan cuba kurangkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut anda dan Si Manja. 

7langkah-dapatkan-rawatan-segera

SEGERA DAPATKAN RAWATAN PERUBATAN JIKA JATUH SAKIT

Sekiranya anda rasa tak sihat, sebaik-baiknya anda berehat di rumah. Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom awal seperti demam, batuk dan sukar bernafas, segera dapatkan nasihat perubatan.

PATUHI CARA PENYEDIAAN MAKANAN YANG BERSIH & SELAMAT

Gunakan papan pemotong yang berbeza untuk makanan mentah dan yang telah dimasak. Cuci tangan di antara masa penyediaan makanan mentah dan yang telah dimasak. Pastikan daging yang akan dihidangkan telah masak sepenuhnya. Ini untuk mengelakkan sebarang penyebaran virus melalui pengambilan makanan. 

7langkah-patuhi-penyediaan-makanan
7langkah-sentiasa-peka-patuhi-arahan

SENTIASA PEKA & PATUHI ARAHAN

Pelbagai informasi terkini disalurkan dari masa ke masa mengenai penularan virus ini. Ikuti perkembangan terkini serta arahan yang perlu dipatuhi di www.moh.gov.my. Anda juga boleh melayari laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) untuk maklumat panduan  global di www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019. Dan pastikan apa jua maklumat yang anda dapatkan adalah daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Hubungi penasihat kesihatan anda sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut. 

7langkah-soalan-lazim

SOALAN-SOALAN LAZIM

Apa yang perlu saya lakukan jika Si Manja menunjukkan simptom-simptom COVID-19?

Dapatkan bantuan perubatan dengan secepat yang mungkin.

Adakah COVID-19 memberi kesan kepada Si Manja?

Ini merupakan virus baharu, oleh itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih tidak mempunyai maklumat yang mencukupi bagaimana ia memberi kesan terhadap Si Manja. Buat masa ini apa yang diketahui ialah, ia mampu menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan ia mengancam nyawa warga emas yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada.

Bolehkah Si Manja memakai topeng muka ketika berada di luar?

Si Manja mungkin kurang selesa mengenakan topeng muka disebabkan oleh udara pernafasan yang terhad. Adalah lebih baik jika anda dapat menghadkan pergerakan Si Manja di luar rumah dan di tempat awam untuk mengurangkan risiko penyebaran Coronavirus.

Bagaimana untuk menyahjangkit perkakas makanan dan minuman yang digunakan oleh Si Manja?

Mudah saja, mula-mula cuci dengan air bersih. Kemudian, bagi perkakas yang tahan suhu tinggi, boleh direndam dalam periuk dan dibiarkan mendidih selama 30 minit. Bagi perkakas yang tidak tahan suhu tinggi, anda boleh menyahjangkit dengan membersihkan permukaannya menggunakan kapas beralkohol.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor anda.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x