Susu Ibu Adalah Terbaik Untuk Si Manja Anda

Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Tahap Perkembangan Tingkah Laku Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas

APAKAH PERKEMBANGAN SI MANJA DI USIAs  3 TAHUN?

 

Si Manja jadi lebih yakin, ingin tahu dan aktif.  Mereka berlari, mempunyai imaginasi yang tinggi dan mula meneroka sesuatu perkara.

Mereka jadi lebih kreatif, gemar meneroka dan ingin tahu tentang perkara serta orang sekeliling. Mereka mula bertanya dan mencari alasan, jawapan dan penyelesaian. 

Ketika usia ini, Mama akan kerap mendengar pertanyaan seperti  “kenapa?”. Oleh itu, berikan sepenuh perhatian serta pujian atas setiap pembelajaran tingkah laku yang betul. Ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk meningkatkan perkembangan Si Manja anda.

●       Si Manja di usia ini gemar mengikut tingkah laku orang di sekeliling mereka. Mama dan juga ahli keluarga yang lain harus menjadi contoh terbaik buat Si Manja.     

●       Mereka lebih suka dan berminat dengan aktiviti berkumpulan serta mengambil bahagian dan belajar tentang peraturan.

●       Kemahiran  bahasa mereka semakin berkembang dan dapat berkomunikasi dengan baik. Si Manja mula pandai bercakap dan memberikan pendapat. Mereka juga mula belajar bagaimana bergaul serta mengenal kawan-kawan baru dan berasa seronok dengan persahabatan ini.

Si Manja pada usia ini mula bermain dan melakukan aktiviti, meneroka, menguji serta merasai pengalaman baru. Bantu Si Manja dengan membuka peluang buat mereka melakukan aktiviti yang disukai serta memberi sepenuh perhatian buat mereka kerana ianya sedikit sebanyak membantu dalam perkembangan dan kemahiran mereka.

 

Di samping itu juga, luangkan masa sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk melakukan aktiviti bersama Si manja seperti bermain di taman atau melakukan aktiviti seni bagi memupuk interaksi yang baik antara Mama dengan Si Manja. 

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x