Tantrum (This is correct Malay grammar according to Dewan Bahasa dan Pustaka. See attachment from DBP site) bukan sesuatu perkara yang indah untuk dilihat. Ini termasuklah menjerit, merengek, menendang dan memukul. Apabila Si Manja mengalami tantrum di tempat awam, keadaan menjadi lebih mengecewakan kerana anda mungkin merasa orang lain sedang mempersoalkan tentang skil keibubapaan anda. Anda perlu berhati-hati, kerana kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun senang terdedah (The exact meaning of prone is MUDAH KENA but this doesn’t work in this context. The right word to use for this context is TERDEDAH. cannot be to literal/direct translate english word because Malay word has less vocab and one Malay word can give different meaning) kepada tantrum. Hal ini berlaku disebabkan kekecewaan kerana tidak dapat meluahkan perasaan atau tidak dapat apa yang mereka inginkan.
Berikut adalah beberapa petua tentang bagaimana Mama dapat menangani tantrum Si Manja dengan lebih baik:
Pastikan ia bukan tantrum yang manipulatif
Tantrum manipulatif (This is correct malay term and it is used widely in portal/forum parenting in bahasa malaysia. See attachment from one of Malay parenting portal headline)jarang berlaku kepada kanak-kanak. Namun, jika mereka kelihatan seperti sengaja melakukannya untuk mendapatkan perhatian anda, ini boleh dianggap sebagai manipulatif. Dengan tenang tetapi tegas, beri isyarat lisan dan tubuh kepada Si Manja bahawa anda tidak akan melayan kerenah mereka. Buat seperti biasa. Anda juga boleh berkata, “Mama akan kira sampai sepuluh dan awak kena berhenti,”. Jangan termakan dengan umpan mereka.
Jangan sampai hilang sabar
Apabila Si Manja sedang mengalami tantrum, mereka mungkin bertindak dengan menjerit atau mengugut untuk menjadi lebih kasar. Kawal perasaan anda, cakap dengan tenang dan pandang ke arah mata mereka. Jangan makan hati. Kadang kala, Si Manja perlu berbuat demikian untuk kembali tenang. Jika Si Manja masih buat perangai selepas anda mencuba pelbagai teknik, bawa mereka ke tempat yang lebih sunyi seperti tandas atau dalam kereta di mana mereka boleh menjerit sepuasnya.
Tunjukkan empati
Kebanyakan tantrum berlaku akibat situasi tertekan atau apabila mereka tidak dapat meluahkan perasaan dan kemahuan dengan betul. Cuba bagi mereka duduk dan cakap dengan lembut, “Beritahu mama, apa yang awak nak?”. Ini dapat membantu mereka bercakap atau menggunakan bahasa tubuh berbanding dengan mengamuk.
Jika Si Manja kecewa kerana tidak dapat menghabiskan sesuatu tugas, bantu mereka atau katakan “Tak apa,”. Tunjukkan pada mereka yang anda faham dan menghormati perasaan mereka dengan mengatakan “Mama tahu awak marah pasal tu”.
Kadang kala, memegang dan memeluk Si Manja dapat menenangkan perasaan. Lakukan teknik yang berkesan berulang kali. Selepas mereka tenang, beritahu mereka sangat bagus kerana berjaya hentikan tantrum.
Berikan masa rehat apabila keadaan menjadi teruk
Bergantung kepada kanak-kanak dan tahap tantrum mereka, masa rehat mungkin dapat mengawal perasaan dan membantu Si Manja untuk menenangkan diri. Tempatkan Si Manja di ruang yang sunyi atau membosankan untuk satu tempoh tempoh masa dan terangkan pada Si Manja mengapa mereka di situ (untuk bertenang). Beritahu Si Manja bahawa Mama ada berdekatan tetapi jangan berinteraksi dengan mereka dalam tempoh tersebut. Elakkan menggunakan masa rehat sebagai hukuman dengan memberitahu Si Manja dalam bahasa yang mudah dan jangan lupa untuk memeluk mereka selepas keadaan menjadi tenang.
Elakkan kemarahan
Peka dengan penyebab tantrum Si Manja anda. Ia mungkin disebabkan oleh keletihan, rasa bosan, lapar, sakit atau stimulasi berlebihan. Apabila Mama mengetahui penyebabnya, lebih mudah untuk anda elakkannya di masa akan datang. Rutin sedia ada seperti makan, tidur dan mandi juga dapat membantu Si Manja.
Dalam proses membesar, perkataan ‘TIDAK’ selalunya akan menghasilkan reaksi membantah. Biar Si Manja buat pilihan dan keputusan sendiri. Gunakan soalan seperti “Awak nak lobak atau saderi?” berbanding “Makan sayur ni!” untuk memberikan mereka kawalan yang lebih baik.
Galakkan Si Manja untuk berkomunikasi
Disebabkan kebanyakkan tantrum berlaku akibat kekecewaan dan ketidakupayaan untuk berkomunikasi, selalu peka dengan keperluan Si Manja dan bantu untuk memahami apa yang diinginkan mereka.
Harus diingat, Si Manja memahami apa yang diperkata berbanding apa yang dapat diucapkan mereka. Dengan mendorong Si Manja untuk meluahkan kehendak menerusi perkataan seperti ‘lebih’, ‘minum’ dan ‘letih’ atau menggunakan bahasa tubuh, komunikasi akan jadi lebih mudah.
Penafian: Semua kandungan dalam laman web ini adalah untuk tujuan informasi dan tidak bertindak sebagai pengganti kepada nasihat perubatan dan/atau pakar yang lain berdasarkan kondisi tertentu anda. Jangan abaikan nasihat perubatan dan/atau pakar lain atau melengahkannya kerana anda telah membaca artikel di laman web ini. Dapatkan nasihat perubatan sebelum memulakan sebarang rawatan baharu.