Susu Ibu Adalah Terbaik Untuk Si Manja Anda

Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

 

ANAK-ANAK, KETAWALAH DEMI TUMBESARAN TUBUH DAN MINDAMU!

 

Ramai sedia maklum anak-anak yang sihat luarannya dan periang cenderung untuk menjadi gembira dan ceria. Samalah juga dengan gelak ketawa. Banyak manfaatnya kepada tumbesaran mental dan fizikal Si Manja, yang ada antaranya tak disedari Mama pun!

Jadi eloklah kita ketahui manfaatnya.

Menenangkan tubuh

Apabila ketawa, tubuh menjadi tenang

Ketawa yang puas membantu menurun dan mengurangkan tekanan. Malah ia mampu menenangkan otot selama 45 minit.

Meningkatkan imunisasi

Hati mana tak risau melihat Si Manja kerap sakit, kan? Buatlah mereka ketawa untuk mengurangkan kadar hormon tekanan di samping meningkatkan jumlah sel dan antibodi imun. Ini membantu Si Manja menjadi lebih kuat dan mempunyai ketahanan terhadap penyakit.

Membakar kalori

Obesiti merupakan masalah kesihatan yang mudah dihidapi jika tidak dipantau dengan lebih awal. Data menunjukan dengan ketawa besar selama 10 hingga 15 minit setiap hari akan membakar sekitar 40 kalori. Ini bukanlah bererti ketawa mampu menggantikan senaman, tetapi ketawa setiap hari walaupun sebentar mampu mencegah obesiti. Selain itu ketawa juga bermanfaat untuk tumbesaran mental Si Manja.

Melegakan perasaan negatif

Percaya tak, jika anda ketawa sepuasnya, perasaan cemas, marah atau sedih akan hilang seketika pada waktu itu? Sebab itulah Si Manja yang gemar ketawa jarang untuk menunjukkan emosi negatif mereka.

Meningkatkan tumpuan

Ketawa membantu mengurangkan rasa cemas Si Manja dan mengalih perhatian mereka. Ini menjadikan mereka lebih fokus melakukan kerja-kerja, seterusnya membolehkan mereka mencapai lebih banyak matlamat dan berpuas hati dengan pencapaian mereka.

Meluaskan kefahaman hidup

Si Manja yang sentiasa ketawa mempunyai kefahaman hidup yang lebih luas. Kemampuan memahami jenaka juga meningkatkan kreativiti dan inovasi.

Menarik perhatian orang lain

Si Manja yang mudah tersenyum berupaya menarik perhatian dan membina jaringan sosial yang lebih meluas. Ini semestinya bermanfaat untuk pembelajaran dan pembesaran di masa depan.

Ketawa memastikan Si Manja anda selangkah menjadi lebih lagi.

Ketawa memberikan pelbagai manfaat buat Si Manja anda. Mama pasti inginkan mereka ketawa lebih kerap bagi memastikan tumbesaran mental mereka terjaga serta membantu Si Manja menjadi lebih kuat dan mempunyai ketahanan terhadap penyakit. Ketawa memberikan suasana tenang dan  santai yang dapat membantu tumbesaran mereka serta mengajar Si Manja mengawal emosi untuk mereka lebih gembira, ketawa sentiasa dan yang pasti, membesar menjadi lebih lagi!

 

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x