Susu Ibu Adalah Terbaik Untuk Si Manja Anda

Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Kepentingan Hubungan Interpersonal untuk Perkembangan Kanak-Kanak

Kebanyakan keluarga di Malaysia mempunyai 2 hingga 5 orang anak. Mama papa mahu berikan yang terbaik buat Si Manja dan cuba untuk memenuhi setiap kehendak mereka. Perkara ini mungkin mengakibatkan Si Manja mengabaikan kepentingan berkongsi dalam jangka masa panjang. Disebabkan itu, Mama papa perlu membantu membina hubungan interpersonal yang lebih baik di kalangan kanak-kanak. 

Hubungan interpersonal kanak-kanak amat penting dan tidak sepatutnya diabaikan. Ini adalah kerana ia akan membina dasar skil sosial Si Manja ketika mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak dengan hubungan interpersonal yang baik akan menyayangi diri mereka dan orang lain serta disukai ramai. Perkembangan Si Manja jadi lebih ideal dan ceria dengan nilai-nilai positif juga perkembangan fizikal dan mental mereka juga menjadi seimbang. Berbeza pula dengan kanak-kanak yang mempunyai hubungan interpersonal dengan tahap keyakinan diri yang rendah, Biasanya, mereka susah bergaul dan berkawan. Ini menjadikan mereka pentingkan diri sendiri dan memberi impak buat masa depan mereka.

Perkembangan Si Manja jadi lebih ideal dan ceria dengan nilai-nilai positif juga perkembangan fizikal dan mental mereka juga menjadi seimbang. Berbeza pula dengan kanak-kanak yang mempunyai hubungan interpersonal yang lemah. Biasanya, mereka tidak menyukai orang lain dan juga tidak disukai ramai. Ini menjadikan mereka pentingkan diri sendiri dan memberi impak buat masa depan mereka.

Membantu kanak-kanak memupuk hubungan interpersonal.

Mama papa perlu mencuba sebaik mungkin untuk membantu Si Manja dalam membina hubungan interpersonal menerusi kaedah-kaedah ini:

●       Memberi peluang buat Si Manja untuk berkongsi dan bermain dengan kanak-kanak lain untuk menunjukkan kebolehan mereka serta menyumbang dalam kumpulan bagi menaikkan semangat diri. Bagaimanapun, Mama papa perlu berhati-hati kerana perkara ini tidak seharusnya dilakukan dengan pertandingan atau perbandingan bagi mengelakkan rasa kalah dan kurang yakin di kalangan kanak-kanak.

●       Membaca buku cerita dengan tema persahabatan dan interaksi sosial juga dapat membantu Si Manja menyedari kepentingan berkawan dan faedah persahabatan.

●       Mama papa perlu menjadi contoh dengan selalu bergaul dengan kawan baru dan mengekalkan persahabatan yang baik. Ibu bapa juga perlu berwaspada untuk tidak menunjukkan sikap berlawan dari apa yang diajar kerana ini akan mengelirukan mereka.

●       Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan baik sesama lain, Mama papa perlu memuji sikap mereka agar mereka sedar perkara itu bagus.

●       Apabila kanak-kanak berperangai buruk, Mama papa perlu mengingatkan dan menegur dengan memberitahu mengapa sikap tersebut tidak elok. Lebih penting, Mama papa juga membimbing Si Manja supaya faham akan akibat dari sikap mereka, dan mengajar kaedah yang betul bagi mereka mencapai matlamat dan keperluan diri.

●       Walaupun Mama papa adalah sumber ketenangan anak-anak, kita tidak seharusnya menyekat mereka dari menjalani kehidupan. Apabila mereka dilanda kekecewaan, Mama papa harus memainkan peranan sebagai penyokong dan pembina semangat buat mereka untuk cuba lagi. Bagaimanapun, Mama papa tidak seharusnya menjadi penghalang ketika Si Manja menghadapi kesukaran. Sebaliknya, Mama papa  perlu menggalakkan mereka berdikari dan mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah seawal mungkin bagi mengelakkan mereka daripada terlalu bergantung.

Walaupun kemahiran hubungan interpersonal kanak-kanak bukan petunjuk sebenar untuk masa depan mereka, perkembangan psikologi bagi setiap peringkat amat penting. Pengalaman membesar dalam suasana yang baik adalah di mana kanak-kanak dapat membesar bersama kanak-kanak lain dan dengan ceria menerokai dunia.

Penafian: Semua kandungan dalam laman web ini adalah untuk tujuan informasi dan tidak bertindak sebagai pengganti kepada nasihat perubatan dan/atau pakar yang lain berdasarkan kondisi tertentu anda. Jangan abaikan nasihat perubatan dan/atau pakar lain atau melengahkannya kerana anda telah membaca artikel ini. Dapatkan nasihat perubatan sebelum memulakan sebarang rawatan baharu. 

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x