Susu Ibu Adalah Terbaik Untuk Si Manja Anda

Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Aktiviti Muzik Yang Menyeronokkan Untuk Perkembangan Kognitif Anak Anda

Kanak-kanak pasti gembira sambil menggerakkan badan ataupun menari apabila alunan muzik didendangkan. Pendedahan muzik sejak dari awal kepada si manja bukan sahaja menceriakan mereka, malah ia turut membantu dalam perkembangan minda.

Muzik memang menghiburkan. Ibu bapa mungkin pernah terdengar tentang “Mozart effect”, dikatakan bahawa melodi daripada seniman tersohor ini mampu meningkatkan perkembangan kognitif si manja, namun ini bukanlah suatu fakta. Terdapat satu kajian yang menunjukkan kanak-kanak yang kerap mengikuti latihan muzik sejak dari umur yang muda mempunyai peningkatan daripada segi perkembangan komunikasi, muzikal dan sosial. Satu kajian yang lain juga mendapati bahawa kanak-kanak mampu mengingati dengan baik melodi yang sering dinyanyikan oleh ibu bapa ketika dirumah kerana ia mempunyai pengertian sosial yang sangat mendalam.

Di sini kami ingin kongsikan beberapa permainan muzik yang seronok dan mudah untuk merangsang minda dan mengeratkan kasih sayang ibu bapa dan si manja. Ia juga boleh menjadi permainan yang menceriakan dan membantu meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak. Permainan ini juga memberikan si manja pendedahan untuk menghasilkan muzik dengan menggunakan objek yang boleh didapati di rumah.

Masa untuk menyanyi

Perkenalkan lagu klasik kanak-kanak seperti “Burung Kakaktua”, “Rasa Sayang” dan “Papaku Pulang Dari Kota”. Lagu-lagu ini membiasakan si manja dengan suara anda, irama lagu dan membantu dalam perkembangan kemahiran percakapan.  

Dengan mendengar lagu-lagu ini, ia juga membantu si manja mempelajari perkataan dan mengenal bunyi. Rancakkan lagi aktiviti ini dengan menambahkan pergerakan tangan dan badan seperti membuat bentuk burung kakaktua menggunakan tangan atau berpelukan ketika menyanyikan lagu rasa sayang. Galakkan si manja untuk mengikuti pergerakan anda, dan ini menunjukkan yang kemahiran motor si manja juga turut berkembang.

Gegaran bunyi

Mudah sahaja untuk membuat alatan yang boleh mengeluarkan bunyi. Hanya gunakan botol plastik yang bersih dan mempunyai penutup botol. Kemudian masukkan benda seperti beras, kacang hijau, pasta kering dan guli atau apa sahaja. Ajaklah si manja untuk bersama-sama mengisi botol ini dengan menggunakan jari atau senduk bagi melatih daya deria mereka.

Kanak-kanak suka bereksperimen dengan pelbagai bahan dan mempelajari bunyi berlainan. Melalui botol yang bersih tanpa sebarang label, si manja juga boleh melihat bagaimana bunyi tersebut dihasilkan dan ini membantu memantapkan kemahiran mendengar dan juga kemahiran kognitif.

Piano botol

Isikan botol dengan air mengikut kadar yang berlainan. Tip: botol yang mempunyai penutup adalah yang paling sesuai kerana tiada tumpahan air akan berlaku dalam apa jua keadaan. Nak lagi menarik? Tambahkan perwarna dalam botol dan ini memudahkan si manja untuk mengenali bunyi yang berbeza mengikut warna air.

Jangan lupa untuk pastikan semua botol ini diletakkan di lantai untuk mengurangkan impak tumpahan atau pecah. Ibu bapa hanya perlu aturkan botol mengikut nada bunyi rendah hingga ke nada tinggi dan gunakan sudu untuk mengetuk piano botol ini.   

Bunyi tersembunyi

Kebanyakan kanak-kanak sukakan permainan sembunyi-sembunyi, dan permainan muzikal ini juga boleh membantu meningkatkan kemahiran mendengar dan kemahiran kognitif mereka. Anda hanya perlukan objek yang boleh mengeluarkan bunyi secara berterusan seperti telefon bimbit, radio atau anak patung yang bermelodi. Pasangkan muzik, kemudian sembunyikan objek di atas lantai dan saksikan bagaimana si manja mencari objek tersebut berdasarkan bunyi yang dikeluarkan. Ibu bapa boleh tingkatkan tahap permainan daripada sukar hingga mudah dengan menguatkan bunyi atau sebaliknya, bergantung kepada daya focus si manja.

Gandingkan permainan muzik ini dengan pemakanan seimbang

Untuk menyokong perkembangan minda si manja, sila lengkapkan permainan muzik ini dengan nutrisi yang sepatutnya. Zat besi adalah nutrisi yang sangat penting untuk perkembangan minda anak anda. Nutrien-nutrien penting seperti DHA, vitamin C, kalsium, vitamin D, A & E bersama kasih sayang ibu bapa adalah penting untuk perkembangan optimum kanak-kanak pada masa hadapan. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kekurangan zat besi boleh mengalami kesan negatif jangka masa panjang terhadap perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan anak anda mendapat nutrien yang mencukupi melalui pemakanan yang kaya dengan zat besi.

Berikan anak anda susu untuk kanak-kanak membesar yang mengandungi zat besi boleh memastikan mereka mendapat nutrien yang penting ini dan membantu mencegah anemia kekurangan zat besi. Anda boleh pekenalkan makanan yang tinggi dengan kandungan zat besi seperti daging merah, ikan, sayur bayam, kekacang dan tauhu dalam diet mereka untuk memenuhi keperluan zat besi harian mereka.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

 

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x