Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

KENAPA PENGHADAMAN YANG SIHAT PENTING UNTUK SI MANJA

Bilakah kali terakhir Mama dan Papa memberikan perhatian tentang sistem penghadaman Si Manja? Kebarangkalian jika mereka dalam mengalami kesakitan, masalah perut merupakan salah satu perkara yang sering terlepas pandang di dalam kehidupan seharian.

Penghadaman yang sihat adalah penting untuk memastikan penyerapan nutrien yang baik sambil menyokong sistem imun yang sihat. Sebaliknya apabila penghadaman lemah ia akan dikaitkan dengan pelbagai gejala seperti kembung perut, sembelit, cirit-birit, sakit perut dan kurang selera makan. Oleh itu, sistem penghadaman yang sihat adalah sangat penting untuk memastikan kesihatan yang menyeluruh1.

Sistem penghadaman memerlukan keseimbangan mikrobiota2 yang sihat. Jadi pengambilan serat makanan dan juga prebiotik seperti inulin memainkan penting untuk kesihatan sistem penghadaman.

Peranan sistem penghadaman:

Memastikan penghadaman yang baik

Peranan sistem penghadaman bermula dengan mencernakan makanan dan berakhir dengan penghapusan sisa makanan melalui najis. Kehadiran bakteria baik dapat membantu penyerapan mineral3 yang lebih berkesan, mengurangkan pembiakan bakteria yang berbahaya dan membantu najis menjadi lembut untuk pergerakan usus yang lancar.

Mengekalkan sistem imun

Sebanyak 70% daripada sel-sel imun boleh didapati di sistem penghadaman. Oleh ini sistem penghadaman adalah penting untuk menjaga kesihatan sistem imun. Kajian juga menunjukkan bahawa prebiotik dan probiotik dapat meningkatkan kesihatan perut, mengurangkan jangkitan kanak-kanak4 dan menangani masalah seperti dermatitis atopik dan penyakit radang usus5.

Menyokong perkembangan kognitif

Fungsi sistem penghadaman yang baik membantu penyerapan nutrisi penting yang diperlukan oleh Si Manja untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat6. Nutrisi yang cukup untuk menyokong penghadaman yang sihat memberi kesan positif terhadap fungsi kognitif Si Manja dan memberikan ruang untuk perkembangan yang optimum7.

Penghadaman yang baik dapat dilihat melalui pergerakan usus Si Manja, kekerapan najis seperti yang terdapat di Carta Najis Bristol8, dan mengelakkan penyakit penghadaman seperti cirit-birit dan sembelit9

Mama dan Papa boleh membantu penghadaman yang sihat dengan memastikan Si Manja minum air yang mencukupi dan makan makanan yang mengandungi serat, melakukan senaman fizikal yang mencukupi dan mempertimbangkan pengambilan susu tepung yang diformulasikan dengan prebiotik seperti inulin untuk kesihatan perut yang baik.

Rujukan:

1Bischoff. BMC Medicine. 'Gut Health': a new objective in medicine? 9:24 (2011)
2Grenham S, et al. Brain-gut-microbe communication in health and disease. Front Physiol. 2011;2:94.
3Scholz-Ahrens K et al. Prebiotics, Probiotics, and Synbiotics Affect Mineral Absorption, Bone Mineral Content, and Bone Structure. J. Nutr. March 2007 vol. 137 no. 3 838S-846.
4Roberfroid M et al. Prebiotic effects: metabolic and health benefits. Br J Nutr 2010 Aug;104 Suppl 2:S1-63
5Thomas, D and Greer, F. Clinical Report – Probiotics and Prebiotics in Pediatrics. Pediatrics 2010;126;1217
6Nicholson EK et al. Science. Host-Gut Microbiota Metabolic Interactions; 336: 1262 (2012)
7Prado EL and Dewey KG. Nutr Rev. Nutrition and brain development in early life;72(4):267-84 (2014).
8Lewis SJ, Heaton KW (1997). "Stool form scale as a useful guide to intestinal transit time". Scand. J. Gastroenterol. 32 (9): 920–4.
9Constipation in Children. National Digestive Diseases Information Clearinghouse (NDDIC), http://digestive.niddk.nih.gov/ddiseases/pubs/constipationchild/ Diakses pada 21 Mei 2014.

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x