Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Si Manja memerlukan pemakanan seimbang. Ketahui kepentingan zat besi 

Adakah Si Manja dan seisi keluarga mendapat zat besi yang secukupnya? Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, iaitu kekurangan sel-sel darah merah yang diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan. Ini boleh menyebabkan keletihan dan menganggu tumbesaran kanak-kanak serta menyebabkan kesulitan ketika hamil. Ketahuilah mengapa zat besi ini amat penting untuk kesihatan anda.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x