Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Bayangkan anda sedang menyaksikan wira kecil bertempur dengan “raksasa hijau” di medan perang di mana situasi seperti Si Manja yang berusia dua tahun mengasingkan brokoli daripada pinggan atau berlakunya konflik di meja makan setiap kali anda menghidangkan sayur-sayuran buat mereka. Kami ingin berkongsi petua buat Mama tentang bagaimana memupuk tabiat sukakan sayur-sayuran sejak dari awal usia bagi mengelakkan Si Manja cerewet dalam soal pemakanan.

Galakkan pengambilan makanan yang terdiri daripada pelbagai jenis sayuran segar berlainan warna yang mengandungi kombinasi nutrien seperti serat dan vitamin untuk memastikan Si Manja mendapat nutrien tumbesaran yang mencukupi bagi menyokong tumbesaran fizikal optimum. Ikuti petua ini:

article-tunjuk-teladan-yang-baik

Jangan putus asa dan perkenalkan makanan seimbang

Si Manja belajar melalui teladan. Bagi memastikan Si Manja gemarkan sayur-sayuran, kita perlu pastikan kita sendiri mempunyai tabiat gemarkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

article-padankan-dengan-makanan-harian

Padankan dengan makanan harian

Hidangkan sayur-sayuran bersama makanan harian bagi menarik minat Si Manja untuk mencuba. Memperkenalkan sejenis sayuran dalam kuantiti kecil tidak akan menakutkan Si Manja untuk menikmati hidangan baru. Sebagai contoh, jika Si Manja sukakan telur dan kentang, Mama boleh kukus, bakar atau goreng hidangan kegemaran Si Manja dan padankan bersama pilihan sayuran anda.

Jangan putus asa dan perkenalkan makanan seimbang

Berikan kata semangat seperti “Bagus anak Mama makan sayur!”. Si Manja perlukan sekurang-kurang 10 kali kata positif sebelum menerima sayur-sayuran sepenuhnya. Si Manja perlu melalui proses percubaan dan kesilapan kerana setiap penerimaan kanak-kanak adalah berbeza. Yang penting, ibu bapa tidak berputus asa menyediakan nutrien tumbesaran yang mencukupi bagi menyokong tumbesaran fizikal optimum Si Manja. Teruskan usaha menyediakan diet seimbang bersama Dugro® Sure yang dirumus dengan nutrien tumbesaran.

Penyediaan, rasa & tekstur

Sediakan set kutleri dengan watak dan warna kegemaran Si Manja anda. Sediakan bekal sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dinikmati Si Manja dengan cara yang paling kreatif. Gunakan teknik memasak yang berbeza serta kurangkan bahan perasa seperti garam dan gantikannya dengan bahan lebih sihat seperti mayones bersama yogurt, susu atau santan.

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x