Terma dan Syarat

Sila baca terma dan syarat ini (“Terma dan Syarat”) dengan teliti kerana ia merupakan perjanjian yang diikat dari sudut undang-undang di antara orang yang menggunakan Laman (“Pengguna-Pengguna” termasuk anda sebagai “Pengguna”) dan Danone Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Danone Dumex”, terma yang merangkumi setiap ahli kumpulan syarikat yang Danone Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd adalah syarikat induk, subsidiari atau syarikat gabungan). Di alam Terma dan Syarat, “kami” dan “kita” merujuk kepada Danone Dumex. Jika anda meneruskan akses laman web ini (“Laman”), anda telah bersetuju terhadap semua Terma dan Syarat, termasuk Kod Perilaku yang Wajar (seperti yang dinyatakan dibawah) dan polisi peribadi yang merupakan sebahagian Terma dan Syarat ini. Sekiranya, anda tidak bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini, anda tidak boleh mengakses atau melihat Laman ini.

Am

  1. Laman ini disediakan oleh Danone Dumex untuk tujuan menawarkan maklumat dan komunikasi. Anda bebas untuk melayari Laman ini.
  2. Kandungan dalam Laman ini disediakan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang Malaysia dan hanya untuk kegunaan pemastautin Malaysia sahaja. Danone Dumex tidak membuat sebarang representasi bahawa maklumat di dalam Laman ini adalah relevan atau sesuai digunakan di tempat lain.
  3. Laman web ini menawarkan anda suatu saluran untuk mendapatkan maklumat mengenai rangkaian susu formula Danone Dumex. Jika anda memilih untuk melihat maklumat ini, anda bersetuju bahawa Dumex menyediakan maklumat ini di atas pilihan anda sendiri untuk tujuan mendapatkan maklumat.
  4. Setelah proses pendaftaran anda selesai, anda seharusnya telah mengenalpasti nama pengguna dan kata laluan. Anda mesti memastikan bahawa nama pengguna dan kata laluan anda disimpan di tempat yang selamat dan tidak mendedahkannya kepada sesiapa. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk segala aktiviti yang berlaku di atas nama pengguna dan kata laluan anda. Ia adalah tanggungjawab anda untuk melaporkan kepada kami sekiranya berlaku penggunaan nama pengguna dan kata laluan anda yang tidak sah atau mana-mana pelanggaran sekuriti sebaik saja anda menyedarinya. Kami mempunyai hak untuk meminta pengguna-pengguna meminda nama pengguna dan kata laluan jika perlu untuk tujuan keselamatan.
  5. Semua akaun mesti didaftar dengan alamat emel peribadi sah yang anda mengakses secara kerap supaya emel notis boleh dihantar kepada anda. Akaun yang didaftar dengan alamat e-mel orang lain, atau alamat e-mel sementara, mungkin akan dibatalkan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak untuk membatalkan akaun-akaun sekiranya Pengguna adalah dijumpai menggunakan IPs (Internet Protocol address) untuk cuba menyembunyikan penggunaan beberapa akaun Danone Dumex , atau jika seorang Pengguna bukan berasaskan Malaysia berpura-pura menjadi Pengguna yang berpangkalan di Malaysia, atau mengganggu mana-mana perkhidmatan kami dengan cara apapun.
  6. Penggunaan Laman ini adalah pada risiko anda sendiri. Danone Dumex dan/atau syarikat sekutunya tidak membuat apa-apa representasi berkenaan dengan kesesuaian, ketepatan, kekukuhan, kesempurnaan maklumat dan bahan yang terkandung dalam Laman ini untuk sebarang tujuan dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan, peninggalan yang terkandung dalam Kandungan atau mana-mana maklumat lain yang boleh didapati, secara langsung atau tidak, di Laman ini. Danone Dumex mahupun mana-mana pihak yang terlibat dalam mencipta, menerbit atau melaksanakan Laman ini adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau kerugian secara langsung, sampingan, turutan, secara tidak langsung atau punitif, sama ada di dalam tindakan kontrak, kecuaian atau tort, yang berdasarkan daripada akses atau kegunaan anda Laman ini dan Kandungannya termasuk sebarang Laman Web Pihak Ketiga (seperti yang dinyatakan di bawah). Ini termasuk kerosakan kepada, atau virus yang mungkin menjangkiti perkakasan komputer dan/atau alatan elektronik anda. Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahan dan menegah Danone Dumex daripada dan terhadap apa-apa tuntutan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, fitnah, privasi dan pencerobohan harta intelek. Tanpa mengehadkan perkara sebelum ini, segala maklumat yang terkandung dalam Laman ini adalah disediakan untuk anda atas dasar ‘seperti mana yang ada’ dan tanpa waranti dalam apa jua bentuk sama ada secara nyata atau tersirat atau sebaliknya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang termasuk waranti kebolehniagaan dan kelayakan untuk tujuan tertentu atau ketiadaan pelanggaran.
  7. Hakcipta kandungan Laman ini adalah milik Danone Dumex. Pengguna-Pengguna boleh memuat turun bahan untuk kegunaan peribadi, bukan komersial, asalkan semua hakcipta dan notis proprietari dilindungi. Penyalinan, pengedaran, dipos naik, pencetakan, pemindahan atau pengubahan sebarang bahagian Laman web bagi tujuan awam atau komersial adalah tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Danone Dumex. Apabila anda menghantar atau mengepos sebarang bahan pada atau ke atas Laman ini, anda telah memberikan Danone Dumex hak bukan eksklusif, secara global, berterusan, lesen bebas royalti yang disublesen sepenuhnya, di bawah hak milik anda dan hakcipta intelektual anda untuk mengguna, menghasilkan semula, mengubah, menyesuaikan, mencetak, menterjemahkan, membuat kerja derivatif dari atau memaparkan atau mengedar bahan tersebut di seluruh dunia melalui Laman, atau apa jua cara tanpa sebarang kewajipan untuk akaun kepada anda. Anda mengakui bahawa anda bertanggungjawab untuk apa-apa bahan yang dipos naik di Laman ini. Ini bermakna anda (dan bukan kami) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang dikemukakan termasuk kesahihan, kebolehpercayaan, kesesuaian dan memastikan bahawa ia tidak melanggar hak cipta intelek sesiapa atau digunakan dalam pecah kepercayaan keyakinan sesiapa.
  8. Semua tanda dagangan, logo, watak atau tanda perkhidmatan (semuanya “Tanda Dagangan”) yang terpapar di dalam Laman sama ada berdaftar atau tidak berdaftar atau sebaliknya dimiliki Danone Dumex secara eksklusif. Tiada apa-apa yang terkandung dalam Laman ini boleh ditafsirkan sebagai pemberian hak secara implikasi, estopel atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak dalam atau kepada Tanda Dagangan tanpa kebenaran bertulis daripada Danone Dumex. Penggunaan anda terhadap Tanda Dagangan dan kandungan Laman ini, kecuali sepertimana dinyatakan di Terma dan Syarat, adalah tidak dibenarkan sama sekali. Anda dinasihatkan bahawa Danone Dumex akan mempertahankan hak milik intelek kami sepenuhnya dalam segala Tanda Dagangan, Laman ini dan kandungannya setakat sepenuhnya undang-undang, termasuk mendapatkan sekatan jenayah.
  9. Pelbagai maklumat, nasihat, cadangan, surat, mesej, komen, pos, teks, grafik, perisian, muzik, audio, gambar, video, data, sampel dan bahan yang lain (secara kolektif “Kandungan”) boleh didapati dalam dan melalui Laman ini. Sebahagian daripada Kandungan adalah disediakan oleh Danone Dumex dan sebahagian yang lain disediakan oleh Pengguna-Pengguna, seperti pendapat dan pandangan Pengguna melalui soalan dan jawapan catatan. Danone Dumex berusaha untuk memastikan Kandungan yang kami meletakkan dan menyediakan dalam Laman adalah didapati tepat, menyeluruh, dan terkini, tetapi kami tidak boleh menjamin atau bertanggungjawab terhadap ketepatan, integriti, kualiti, kesempurnaan dan kekinian, atau bahawa ia mungkin tidak menyenangkan bagi anda, dalam Kandungan yang disediakan oleh kami atau mana-mana Pengguna. Untuk memastikan semua orang dapat menikmati segala kemudahan Laman web ini, sila baca dan patuhi Kod Perilaku yang Wajar (seperti yang diterangkan di bawah).
  10. Imej orang atau tempat yang dipaparkan di Laman adalah milik, atau diguna dengan kebenaran oleh, Danone Dumex. Penggunaan imej-imej ini oleh anda adalah dilarang selain dibenarkan secara spesifik melalui Terma dan Syarat atau melalui kebenaran spesifik di halaman Laman ini. Penggunaan imej yang tidak sah mungkin melanggar undang-undang hak milik, tanda dagangan dan/atau undang-undang publisiti serta peraturan dan statut komunikasi.
  11. Jika anda ingin membawa kepada perhatian kami sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang mengenai Kandungan yang dipos oleh Pengguna-Pengguna lain atau yang boleh didapati di Laman ini dan anda ingin melaporkan aduan dengan kami, sila guna pautan ‘report abuse’ yang didapati di halaman yang mengandungi Kandungan yang diberikan oleh Pengguna-Pengguna.
  12. Kandungan yang dipaparkan di Laman ini atau yang disediakan oleh kakitangan Careline kami adalah atas pemahaman bahawa Danone Dumex dan Penggunanya tidak dilanggan dalam memberi perkhidmatan atau nasihat perubatan, kaunseling , undang-undang atau profesional yang lain. Kandungan dalam Laman ini atau yang disediakan oleh kakitangan Careline kami adalah untuk tujuan memberi maklumat dan bukan sebagai nasihat perubatan atau penjagaan kesihatan atau menggantikan nasihat profesional berkaitan keadaan spesifik atau soalan mengenai sesuatu keadaan perubatan atau masalah undang-undang. Sentiasa rujuk nasihat doktor keluarga, pakar pediatrik atau para penjagaan kesihatan profesional yang lain mengenai keadaan perubatan sebelum memulakan sebarang rawatan baru.
  13. Maklumat peribadi yang anda memberikan secara sukarela kepada Danone Dumex melalui Laman, seperti pendaftaran interaktif serta permintaan sampel mungkin digunakan oleh Danone Dumex selaras dengan Polisi Privasi Danone Dumex (boleh didapati di sini: Polisi Privasi). Ia mungkin digunakan bagi tujuan akses dalaman Laman ini dan keperluan pelanggan kami. Dengan memberi maklumat seperti yang dinyatakan, anda bersetuju secara nyata bahawa Danone Dumex mengguna maklumat peribadi untuk tujuan ini dan seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi Danone Dumex.
  14. Danone Dumex menasihati bahawa anda tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi mengenai diri sendiri atau orang lain (sebagai contoh: nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat rumah atau alamat emel, atau mana-mana maklumat yang membolehkan anda dikenalpasti), di mana-mana komuniti Danone Dumex. Danone Dumex tidak akan bertanggungjawab untuk apa jua keadaan atau akibat yang berpunca daripada maklumat peribadi yang didedahkan secara sukarela oleh anda. Walaupun Danone Dumex mengambil semua langkah-langkah yang sesuai dan munasabah untuk melindungi maklumat peribadi anda, Danone Dumex tidak dapat memastikan bahawa sebarang penghantaran data peribadi anda melalui internet adalah 100 % selamat dan Danone Dumex berhak untuk menolak apa-apa tanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung sekiranya peribadi maklumat dicuri, digodam, dihilang atau rosak akibat kemalangan atau dengan cara lain.
  15. Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga yang lain (“Laman Web Pihak Ketiga”). Danone Dumex tidak akan bertanggungjawab untuk kandungan atau kredibiliti Laman Web Pihak Ketiga atau ulasan berterusan Laman Web Pihak Ketiga lain. Pautan yang disediakan ke Laman Web Pihak Ketiga tidak dianggap sebagai pengendorsan oleh Danone Dumex. Akses ke mana-mana Laman Web Pihak Ketiga yang dipautkan adalah pada risiko anda sendiri. Danone Dumex menasihat anda supaya berhati-hati apabila anda meninggalkan Laman kami dan membaca terma dan syarat pada Laman Web Pihak Ketiga. Terma dan Syarat ini hanya tertakluk bagi maklumat yang diperolehi Danone Dumex dalam Laman ini. Hiperpautan (hyperlinking) ke Laman ini,dalam apa jua cara, adalah tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada Danone Dumex.
  16. Danone Dumex tidak membuat representasi atau menjamin bahawa Laman ini atau sebarang Laman Web Pihak Ketiga lain yang berpautan bersama kami, boleh diakses atau didapati dari masa ke semasa, atau bahawa akses kepada yang sama tidak akan terganggu atau bebas ralat.
  17. Danone Dumex mempunyai hak untuk mengubah atau memadam kandungan daripada Laman ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Maklumat yang dipaparkan di Laman ini mungkin mengandungi kesilapan tipografi atau ketidaktepatan teknikal. Maklumat tersebut mungkin dikemaskinikan dari masa ke semasa. Danone Dumex mungkin membuat perbaikan dan/atau perubahan dalam produk-produk yang diterangkan di sini pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa.
  18. Danone Dumex mungkin, pada bila-bila masa, mengubah Terma dan Syarat ini dengan mengemaskinikan halaman ini. Anda diikat dengan perubahan ini dan justeru itu, harus melayari halaman ini dari masa ke semasa untuk memahami Terma dan Syarat yang terkini.
  19. Danone Dumex mempunyai hak untuk menafi atau menghadkan akses individu tertentu ke dalam Laman ini, atau menghalang akses dari alamat Internet tertentu ke Laman ini, pada bila-bila masa, tanpa memberikan apa jua sebab.
  20. Terma dan Syarat ini adalah ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian hendaklah dikemukakan kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia.

 

‘Live Chat’ & Talian Careline

  1. Semasa ‘chat’ anda, anda boleh meminta transkrip perbualan dengan menekan ikon pencetak atau sampul surat yang terletak di bahagian atas tingkap ‘chat’.
  2. Danone Dumex dan sekutunya tidak akan bertanggungjawab untuk kerosakan secara langsung, kebetulan, akibat daripada, secara tidak langsung atau kerosakan punitif yang berpunca daripada nasihat yang didapati melalui perbualan ”Live Chat” atau kongsian komuniti. Bagi segala nasihat perubatan spesifik, anda dinasihatkan merujuk doktor atau penasihat kesihatan anda sendiri.
  3. Danone Dumex akan menyimpan transkrip setiap ‘chat‘ yang dijalankan melalui ”Live Chat”. Transkrip ini akan disimpan selama 24 bulan oleh Danone Dumex dan akan digunakan sebagai latihan dan penilaian kualiti dan sekiranya pelanggan membuat aduan mengenai perkhidmatan ”Live Chat”.
  4. Semua perbualan ”Live Chat” akan dijalankan melalui saluran yang selamat dan adalah sulit di antara ”pemanggil” dan Danone Dumex, melainkan kebenaran nyata diberikan oleh ”pemanggil”.
  5. Selain itu, apabila anda menggunakan ”Live Chat”, sila tidak menghantar sebarang bahan yang menyalahi undang-undang, mengancam, mengandungi fitnah bertulis, mencemar nama baik, bahan lucah, bahan pornografi atau tidak senonoh, atau sebarang bahan yang mungkin membentuk atau menggalakkan perilaku yang dianggap kesalahan jenayah atau melanggar mana-mana undang-undang.

 

Kit Permulaan/Sampel

  1. Danone Dumex mungkin menyediakan kit permulaan percuma dan/atau sampel bagi sesetengah produk dari masa ke semasa menerusi Laman.
  2. Kit permulaan percuma dan/atau sampel hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia dengan alamat tempatan di Malaysia yang sah sahaja.
  3. Tiada pembelian diwajibkan.
  4. Pemohon harus memberikan maklumat seperti yang diperlukan dalam borang permintaan dan bersetuju terhadap terma dan syarat untuk kelayakan menerima kit permulaan percuma dan/atau sampel. Danone Dumex berhak mengesahkan maklumat yang diberikan oleh pemohon dan meminta sebagai bukti identiti daripada pemohon. Danone Dumex berhak membatalkan borang permintaan pemohon yang tidak lengkap.
  5. Setiap pemohon yang layak boleh meminta satu (1) kit permulaan percuma dan/atau satu (1) sampel produk yang berkenaan sahaja. Permintaan berulang oleh pemohon untuk kit permulaan percuma dan/atau sampel produk yang sama akan dibatalkan secara automatik.
  6. Kit permulaan percuma dan/atau sampel yang diminta akan dihantar kepada pemohon dalam tempoh dua hingga tiga (2-3) minggu selepas Danone Dumex menerima borang permintaan yang lengkap. Tempoh masa untuk penghantaran kit permulaan percuma dan/atau sampel adalah tertakluk kepada lokasi geografi pemohon.
  7. Danone Dumex tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan sebarang kit permulaan/sampel yang telah rosak, hilang, musnah dan/atau dicuri, yang mana apa-apa kerosakan, kehilangan yang berlaku akibat dalam tempoh penghantaran, kelalaian atau kesilapan pemohon. Sebarang penggantian kit permulaan percuma dan/atau sampel tertakluk kepada kebolehsediaan stok.
  8. Setiap pemohon hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kecederaan, kemalangan atau tuntutan akibat daripada penyertaan tawaran ini.
  9. Setiap pemohon bersetuju untuk tidak memudaratkan, akan mempertahankan dan menanggung rugi sepenuhnya Danone Dumex (termasuk syarikat gabungan dan subsidiari) daripada dan terhadap semua kerugian, kerosakan, perbelanjaan dan semua tindakan pihak ketiga, prosiding, tuntutan, permintaan, kos dan tanggungan yang timbul akibat penyertaan kit pemulaan percuma dan/atau sampel ini.
  10. Danone Dumex tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat, kecuaian, perlengahan, kegagalan komunikasi dan/atau apa jua kegagalan berkaitan sistem computer, talian telefon, pelayan (”server”), pembekal dalam talian (”online providers”), pembekal perkhidmatan (”service provider”), Internet dan/atau Laman.
  11. Danone Dumex berhak untuk mengubah, menambah atau memadam mana-mana terma dan syarat berhubungan kit pemulaan percuma dan/atau sampel yang ditawarkan pada bila-bila masa mengikut hak budi bicara mutlaknya tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan boleh atas hak budi bicara mutlaknya membatalkan, mengubah, membaiki, menghapus dan/atau menggantung sebarang tawaran kit pemulaan percuma dan/atau sampel tanpa notis terlebih dahulu.

 

Kod Perilaku yang Wajar

  1. Kami tidak mengawal, menapis atau mengedit apa-apa Kandungan yang diberikan oleh Pengguna di mana ia dikirim atau dari atau yang sedia ada di Laman kami. Walau bagaimanapun, kami mempunyai hak, tapi bukan wajib, atas budi bicara mutlak dan untuk apa jua sebab, menapis, mengedit, menolak untuk menerima atau mengeluarkan atau memindah apa-apa Kandungan yang telah dihantar ke, dari, melalui atau dikirim ke atas Laman ini oleh Pengguna.
  2. Sebagai balasan Danone Dumex menguna sumbangan anda dalam Laman ini, anda menjamin bahawa ia merupakan sumbangan asli anda sendiri, tidak menfitnah dan tidak melanggar undang-undang Malaysia, bahawa anda mempuyai hak untuk memberi Danone Dumex kebenaran untuk menggunakannya tanpa sebarang pampasan sama sekali, dan anda mempunyai keizinan oleh sesiapa yang dikenalpasti dalam sumbangan anda atau keizinan ibu bapa/penjaga jika mereka berumur 18 tahun ke bawah.
  3. Anda tidak dibenarkan menggunakan Laman ini, atau sebarang perkhidmatan kami, untuk sebarang tujuan atau sebab yang salah di sisi undang-undang, fitnah, mengganggu, merosakkan, menyalahgunakan, atau menceroboh privasi seseorang atau tidak menyenangkan secara umum di bawah undang-undang yang tertakluk. Khususnya, anda tidak dibenarkan menghantar apa-apa, dalam pendapat kami, yang boleh merosakkan perniagaan atau mencemari Pengguna-Pengguna lain. Anda mesti memastikan bahawa anda tidak menyalurkan ke, dari, melalui atau pos atas Laman ini sebarang kandungan yang mempunyai virus perisian atau fail berbahaya, yang mengganggu atau mengakibatkan dengan tujuan merosakkan atau mengganggu fungsi baik peralatan komputer atau telekomunikasi. Anda tidak dibenarkan membuat apa-apa yang mungkin mengganggu operasi Laman ini dan perkhidmatannya, serta apa-apa yang mungkin mengganggu penggunaan dan pemanfaatan Laman ini dan perkhidmatan kami oleh Pengguna lain. Selain daripada yang dibenarkan oleh kami, anda tidak dibenarkan menggunakan Laman ini untuk mengadakan atau menguruskan aktiviti komersial dalam apa jua bentuk sekalipun.
  4. Danone Dumex telah membentuk Peraturan Komuniti berikut supaya Pengguna-Pengguna boleh menikmati sepenuhnya Laman kami. Peraturan Komuniti ini bertujuan melindungi semua Pengguna dengan memastikan segala komunikasi adalah selamat dan boleh dinikmati untuk semua orang.
    • Sila pastikan semua sumbangan anda adalah berpatutan dan sopan.
    • Tiada kelakuan yang mengganggu, kasar dan mengancam: sumbangan mesti dalam bentuk komen yang membina dan sopan, tidak mempunyai niat jahat atau bertujuan untuk mengakibatkan gangguan.
    • Tiada kandungan yang menyalahi undang-undang dan tidak menyenangkan: kandungan yang salah di sisi undang-undang, mengganggu, fitnah, berbentuk kecaman, mengancam, merosakkan, lucah, tidak senonoh, seksual, memburukkan kaum dan agama atau yang tidak menyenangkan adalah tidak dibenarkan.
    • Jika anda menggunakan beberapa log masuk dengan tujuan untuk mengganggu komuniti atau Laman atau menjengkelkan Pengguna-Pengguna lain, kami mungkin akan mengambil tindakan terhadap akaun-akaun anda.
    • Amalkan sifat penyabar: pengguna-pengguna mungkin terdiri daripada semua golongan umur dan keupayaan yang berbeza.
    • Apabila menyuarakan pendapat anda, sila prihatin akan kesannya terhadap orang lain yang mungkin berada online pada masa itu.
    • Ini adalah laman web yang berasal dari Malaysia. Sila pastikan kiriman anda adalah dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Cina supaya ia boleh difahami oleh semua ahli dan moderator kami.
    • Kami mengalu-alukan cadangan untuk produk, buku, alamat laman web atau bahan-bahan lain yang anda mendapati berfaedah dalam pengalaman anda. Walau bagaimanapun, kami akan mengambil tindakan terhadap sumbangan yang kami menganggap sebagai pengiklanan, atau promosi bahan dan laman web yang dianggap tidak sesuai (lucah, kasar, dll) atau untuk tujuan komersial yang berlanjutan. Danone Dumex tidak akan bertanggungjawab untuk kandungan dengan cadangan sedemikian.
    • Mesej komersial dan mesej dari perniagaan dan organisasi adalah tidak dibenarkan. Forum kami adalah untuk kegunaan ibu bapa dan bakal ibu bapa dan bukan suatu saluran untuk tujuan pemasaran atau penjualan kepada Pengguna kami. Sila pastikan bahawa apa-apa cadangan produk yang diberikan adalah melalui pengalaman peribadi anda dan tidak mengandungi pengendorsan atau pemasaran untuk tujuan komersial, di mana anda menerima suatu faedah, dalam bentuk wang atau tidak.
    • Tiada penyamaran.
    • Tiada nama pengguna yang tidak sesuai (lucah, kasar, dsb).
    • Moderator Komuniti Dugro mungkin menghantar mesej, campur tangan, mengedit atau memadamkan mesej dari masa ke semasa.
    • Kami mengalu-alukan kedua-dua maklum balas baik yang positif mahupun negatif, tetapi sila pastikan komen anda adalah seiring dengan Peraturan Komuniti Dugro Jika anda kerap mengirim komen bersifat peribadi atau menyinggung hal berkaitan orang awam atau syarikat, ia dianggap suatu gangguan. Kami mempunyai hak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab atau membantu orang atau syarikat yang sedemikian mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
    • Bagi memastikan anda mendapat maklumat yang tepat, para penasihat kami akan menyertai perbincangan Komuniti Dugro sekali-sekala.
    • Sila ambil perhatian: Komuniti Dugro kami mungkin mengandungi komen dan perbincangan oleh ahli mengenai susu bayi dan penyusuan botol. Segala pendapat yang dikemukakan adalah daripada individu-individu yang menggunakan Laman dan tidak mempunyai kaitan dengan Danone Dumex.
    • Makluman, Komuniti Dugro mungkin memberikan komen dan perbincangan oleh ahli berkenaan susu formula dan penyusuan botol. Sebarang komen dan pendapat yang dinyatakan oleh individu atau Pengguna-Pengguna menggunakan Laman ini tidak berkaitan dengan Danone Dumex.
    • Berhati-hati, dan ingat semasa online, seseorang itu mungkin bukan seperti yang dikatakannya. Sesiapa yang mempunyai akses Internet boleh mendapatkan akses ke dalam Laman kami.
    • Fikirlah sebaik-baiknya apabila memberikan maklumat peribadi anda. Ini termasuk nama, alamat, nombor telefon, nombor telefon bimbit, alamat emel peribadi, gambar, dsb.
    • Berwaspada apabila berjumpa dengan individu yang anda hanya dihubungi melalui online. Jika anda ingin berjumpa dengan mereka, jumpalah di tempat orang awam pada hari siang. Bagi memastikan keselamatan anda sendiri, beritahu orang lain tempat dan masa anda berjumpa, atau meminta orang lain menemani anda, sekurang-kurangnya untuk perjumpaan pertama.
    • Jika anda gagal mengikut Peraturan Komuniti Dugro ini, anda akan menerima e-mel yang menyatakan kenapa sumbangan anda telah dikeluarkan. E-mel ini juga akan mengandungi amaran yang menyatakan kegagalan mematuhi Peraturan Komuniti Dugro berterusan akan mengakibatkan tindakan diambil terhadap akaun atau akaun-akaun anda. Tindakan ini mungkin menyebabkan akaun atau akaun-akaun yang relevan diletak dalam tinjauan (‘pre-moderation’) atau penangguhan akses anda (sementara atau kekal) untuk menyertai Komuniti Dugro.


Peraturan Komuniti Dugro di atas adalah tidak muktamad dan kami berhak untuk mengemaskini peraturan-peraturan tersebut pada bila-bila masa dari masa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu.

  
 Hubungi Kami

Hubungi kami di 1800 38 1038 jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan Terma dan Syarat ini.