Terma dan Syarat | Promosi Penebusan

  1. Dugro® Promosi Penebusan – Build A Backpack (“Promosi”) adalah dianjurkan oleh Danone Dumex (M) Sdn. Bhd. (“Pihak Penganjur”)
  2. Promosi ini berlangsung dari 20 Julai 2017 hingga 2 Ogos 2017 (“Tempoh Promosi”). Semua penebusan yang diterima selepas 15 Ogos 2017 tidak akan dilayani. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Promosi pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Penghantaran Hadiah Penebusan akan dibuat dalam 4 - 6 minggu dari 15 Ogos 2017.
  3. Promosi ini terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas (pada tahun 2017), kecuali kakitangan dan ahli keluarga Pihak Penganjur, syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/pengedar, agensi promosi, dan agensi pengiklanan/perhubungan Pihak Penganjur.
  4. Cara-cara penebusan:-
    1. Beli sekurang-kurangnya enam (6) pek Dugro® 900g sebarang varian dalam satu resit dari mana-mana cawangan Tesco Malaysia yang mengambil bahagian (”Bukti Pembelian”).
    2. Dapatkan borang penebusan, lampirkan Bukti Pembelian dan reka backpack anda (”Hadiah Penebusan”) dengan pilihan warna backpack (pilih 1), lencana (pilih 5), mesej kasih (tidak terlebih daripada 130 huruf perkataan). Isikan butir-butiran peribadi dan lengkapkan borang penebusan.
    3. Hantar borang penebusan melalui pos biasa ke ”Dugro® Promosi Penebusan - Build A Backpack”, Peti Surat 3113, 47509 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan sebelum 15 Ogos 2017.
    4. Peserta dibenarkan mengemukakan seberapa banyak borang penebusan yang diingini tetapi setiap penebusan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian yang dikehendaki dan mencukupi. Setiap pembelian enam (6) pek Dugro® 900g adalah layak untuk satu (1) Hadiah Penebusan sahaja. Hadiah Penebusan adalah tertakluk pada sementara stok masih ada.
  5. Rekaan Hadiah Penebusan:-
    1. Hadiah Penebusan akan direka dan dihasilkan berdasarkan butir-butiran yang diisi oleh Peserta dalam borang penebusan.
    2. Sekiranya mana-mana Peserta telah melebihi had pilihan yang dibenarkan iaitu satu (1) warna, lima (5) lencana dan seratus tiga puluh (130) huruf dalam mesej kasih, Pihak Penganjur berhak untuk memilih mana-mana warna, lencana dan/atau mesej kasih untuk dijahit ke Hadiah Penebusan tersebut.
    3. Hanya Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dibenarkan untuk diisi di ruang mesej kasih.
  6. Penghantaran Hadiah Penebusan:-
    1. Hadiah Penebusan akan dihantar ke alamat yang diberi oleh Peserta. Peserta bertanggungjawab untuk memberikan butir-butiran peribadi yang betul dan sah.
    2. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab jika butir-butiran peribadi yang diberikan adalah tidak jelas/tidak dikemas kini/salah dan/atau palsu.
    3. Sebarang Hadiah Penebusan yang dipulangkan atau tidak ditebus akan dibatalkan.
    4. Penghantaran Hadiah Penebusan akan dibuat dalam 4 - 6 minggu dari 15 Ogos 2017.
    5. Hadiah Penebusan tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan dipindah milik.
  7. Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Promosi ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut:- (a) Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan; (b) Kesilapan manusia dan kegagalan elektronik/teknikal dalam pentadbiran penebusan Promosi ini; (c) Sebarang penebusan yang hilang, rosak, salah dihantar atau tidak diterima; dan (d) semua liabiliti (termasuk kematian) yang terlibat sama ada disebabkan penggunaan Hadiah Penebusan dan/atau penyertaannya dalam Promosi ini secara langsung atau tidak.
  8. Pihak Penganjur berhak dalam budi bicaranya untuk menolak atau membatalkan sebarang penebusan yang salah, tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat, tidak mempunyai Bukti Pembelian yang betul. Sebarang penebusan yang mengandungi unsur-unsur dakwaan atau fitnah, melibatkan peniruaan, melanggari (atau mungkin melanggar) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup mahupun yang sudah mati (termasuk hak-hak privasi, publisiti atau gambaran yang palsu) akan dilucutkan secara automatik.
  9. Sebarang bahasa, perkataan atau kandungan sensitif dan berunsur fitnah yang boleh menyinggung Pihak Penganjur dan mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada) keganasan dan/atau pengambilan alkohol, bahan-bahan terlarang atau unsur-unsur yang dianggap melanggari atau merendahkan mana-mana pihak berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, atau orientasi seksual adalah tidak dibenarkan.
  10. Semua penebusan akan ditapis bagi tujuan pengesahan dan pemeriksaan mengikuti terma dan syarat yang dinyatakan di Klausa 7 dan 8.
  11. Pihak Penganjur berhak untuk mengganti Hadiah Penebusan dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Hadiah Penebusan tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada sebarang bentuk atas apa-apa sebab. Hadiah Penebusan adalah tertakluk kepada sementara stok masih ada. Sebarang representasi dan waranti termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kualiti, dagangan, kesesuaian atau kelayakan berkenaan dengan Hadiah Penebusan adalah dikecualikan daripada Pihak Penganjur.
  12. Peserta adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi menanggung semua risiko, liabiliti, kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Promosi ini dan daripada penebusan atau penggunaan hadiah.
  13. Dengan menerima atau menggunakan mana-mana hadiah penebusan, peserta bersetuju untuk melepaskan tanggungan Pihak Penganjur, semua rakan niaganya dan pihak-pihak lain yang berkaitan dengan Promosi ini, termasuk pengarah, pegawai, kakitangan dan ejen mereka daripada mana-mana tuntutan, pendakwaan, penghakiman, kerosakan, kerugian atau liabiliti yang ditanggung, berkaitan dengan penyertaannya dalam Promosi ini, penerimaan dan/atau penebusan dan/atau penggunaan bagi mana-mana hadiah.
  14. Pihak Penganjur berhak dalam budi bicaranya, untuk mengubah, menolak atau membatalkan sebarang penyertaan termasuk dan tidak terhad kepada, penyertaan yang mengandungi sebarang elemen yang berkaitan dengan bayi dan/atau produk terpilih yang melanggar Kod Etika Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.
  15. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa keingkaran atau kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, wabak, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah Penganjur.
  16. Dengan menyertai Promosi ini, Peserta bersetuju sepenuhnya tanpa syarat untuk memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur serta agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan butiran peribadi termasuk imej rekaan backpack untuk tujuan pengiklanan dan/atau sebarang bentuk publisiti yang lain tanpa sebarang bayaran pampasan ataupun notis terlebih dahulu. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan penebusan Peserta dibatalkan.
  17. Semua Bukti Pembelian dan borang penebusan yang dihantar untuk Promosi ini adalah hak milik Pihak Penganjur.
  18. Pihak Penganjur berhak memindahkan butiran peribadi (termasuk, tanpa had, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta untuk tujuan Promosi ini sahaja. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetul atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran peribadi daripada Pihak Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui emel ke mycareline@dugro.com.my . Rujuk http://www.dugro.com.my/pdpa-clause untuk Notis Penuh di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
  19. Dengan menyertai Promosi ini, Peserta bersetuju untuk menerima terma dan syarat yang tertera dan bersetuju bahawa keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.
  20. Pihak Penganjur berhak meminda terma dan syarat atas budi bicaranya tanpa sebarang notis.
  21. Pihak Penganjur berhak mengubah, membatal, menamatkan, menangguhkan atau menggantung Promosi ini dengan terbitan notis di laman web Dugro® atau dalam apa-apa cara lain yang difikir sesuai oleh Pihak Penganjur. Peserta tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan dari Pihak Penganjur bagi sebarang kerugian yang dialami.
  22. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang berkenaan dengan kerugian atau kerosakan yang timbul dengan penggunaan hadiah atau penyertaan Peserta dalam Promosi ini terhadap Pihak Penganjur dan/atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejensi terlantik (termasuk pembekal atau mana-mana pihak ketiga).