Lebih Lagi Kebaikan
Visual di atas hanyalah ilustrasi grafik bagi pelbagai pati buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditambah di dalam Dugro Fruit & Veg. Ia tidak menunjukkan jumlah sebenar pati buah-buahan dan sayur-sayuran yang terkandung di dalam susu tepung.
Lebih Lagi Kebaikan
Visual di atas hanyalah ilustrasi grafik bagi pelbagai pati buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditambah di dalam Dugro Fruit & Veg. Ia tidak menunjukkan jumlah sebenar pati buah-buahan dan sayur-sayuran yang terkandung di dalam susu tepung.

Yummy, sedapnya sayur & buah!

Panda Ke Sekolah
Sandwic Salad Ayam & Anggur
Nasi Goreng Riang Ria
Sup Chef Cilik
Terung Panggang Keju
Smoothie Coklat Lazat

Tarik minat anak untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dengan resipi-resipi menarik di bawah! Jangan lupa, libatkan anak anda dalam penyediaan masakan untuk menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih menyeronokkan buatnya!

Panda Ke Sekolah

Bahan-bahan:
  • 4 keping roti putih
  • 1 biji telur rebus
  • 1 keping keju Cheddar
  • 2 sudu makan Mayonis Jepun
  • 4 keping timun Jepun
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 keping rumpai laut saiz sederhana
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 3 biji tomato ceri
  • 3 dadu kecil timun
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada sulah secukup rasa
  • 8 keping biskut abjad
  • 1 keping daging salami atau ham ayam belanda / ayam
Peralatan Lain:
  • Bekas Nutrisi Dugro®
  • Kertas pelapik (kertas minyak bercorak)
  • Pemotong sandwic panda
  • Pemotong biskut berbentuk bunga dan hati
  • Pencucuk sandwic panda
  • Gunting kecil
Cara Penyediaan:
  1. Lapik Bekas Nutrisi Dugro® dengan kertas minyak.
  2. Lenyekkan telur dengan 1 sudu makan Mayonis Jepun, ½ sudu makan mentega, garam dan lada putih secukup rasa.
  3. Sapu inti pada sekeping roti dan buatkan sandwic. Letakkan sandwic di tengah Pemotong Sandwic Panda dan tekan ke bawah. Buangkan bahagian tepi. Ulangi langkah yang sama dengan sandwic yang lain tetapi gunakan sekeping keju cheddar, sedikit mentega, Mayonis Jepun dan timun Jepun sebagai inti.
  4. Potong kepingan rumpai laut menjadi bentuk telinga, hidung, mata dan mulut panda menggunakan gunting kecil. Sapu sebelah bahagian rumpai laut tersebut dengan mentega dan lekatkannya pada sandwic.
  5. Cairkan setengah sudu mentega dan gaulkan dengan jagung, garam dan lada sulah. Gaul dengan rata dan tuang ke dalam petak kecil Bekas Nutrisi Dugro®. Cucuk sayuran yang telah dipotong (timun dipotong dadu dan tomato ceri) pada kayu pencucuk sandwic panda. Susunkan bersama jagung dalam kotak.
  6. Potong daging salami atau ham ayam belanda/ayam dalam bentuk kegemaran anda menggunakan pemotong biskut. Masukkan salami/ham yang telah dipotong ke dalam campuran jagung.
  7. Masukkan biskut abjad ke dalam petak besar Bekas Nutrisi Dugro® bersama sandwic panda.

Selamat mencuba!

Sandwic Salad Ayam & Anggur

Cara Penyediaan 1 - Sandwic Salad Ayam & Anggur
Cara Penyediaan 2 - Sandwic Salad Ayam & Anggur
Cara Penyediaan 3 - Sandwic Salad Ayam & Anggur
Cara Penyediaan 4 - Sandwic Salad Ayam & Anggur
Cara Penyediaan 5 - Sandwic Salad Ayam & Anggur
Bahan-bahan:
  • Acuan Roti ‘Smarty Apple’
  • 250g daging ayam (dimasak dan dipotong dadu)
  • 65g saderi (dimasak dan dipotong dadu)
  • 65g kranberi kering
  • 65g anggur (dipotong suku)
  • 116g mayonis
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh lada hitam yang dikisar
  • 6 keping roti
Cara Penyediaan:
  • Letakkan acuan roti di atas roti dan tekan acuan secara perlahan-lahan. Ulangi untuk semua kepingan roti.
  • Bakar roti.
  • Untuk menyediakan salad, campurkan daging ayam, saderi, kranberi kering, anggur, garam dan lada hitam secukup rasa. Masukkan mayonis dan gaulkan rata.
  • Letakkan campuran salad ke atas kepingan roti, ratakan dan kemudian letakkan satu lagi kepingan roti di atas.
  • Lengkapkan hidangan ini dengan 1 gelas Dugro Fruit & Veg.

Selamat mencuba!

Nasi Goreng Riang Ria

Bahan-bahan:
  • 1½ cawan nasi Jepun
  • 3cm daun bawang dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu makan minyak sayuran
  • Sayur campur pilihan anda
  • Tofu telur dipotong tebal, digaul bersama tepung jagung dan digoreng sehingga perang keemasan
  • 1 filet ayam, dipotong dua
  • Minyak untuk menggoreng filet ayam
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 keping rumpai laut
  • Buah-buahan segar pilihan anda
  • Daun salad segar
  • Garam
  • Biji lada sulah
  • Serbuk lada sulah
Peralatan Lain:
  • Acuan nasi bento dan pemotong/penebuk rumpai laut
  • (untuk membentuk dan mencantikkan bentuk nasi)
  • Penyepit
  • Kayu pencucuk koktel/ pencungkil gigi
  • Kertas pelapik
Cara Penyediaan:
  1. Tuangkan minyak ke dalam kuali tidak melekat dan panaskan dengan api sederhana. Goreng daun bawang dan bawang putih hingga wangi, kemudian tambah garam dan lada sulah. Masukkan telur yang dipukul ke dalam bahan yang telah digoreng. Hancurkan telur pada api sederhana tapi berhati-hati supaya ia tidak hangus. Setelah masak, gaulkan dengan nasi Jepun dengan segera.
  2. Masukkan nasi ke dalam acuan dan tekan sehingga ia padat. Buat bentuk muka dengan menggunakan penebuk rumpai laut dan susun pada nasi yang dibentuk. (Anda boleh gunakan rumpai laut yang telah dipotong untuk menambah corak wajah ke mana-mana makanan, seperti taufu goreng)
  3. Celup ayam ke dalam telur (yang telah dicampur dengan garam dan lada sulah), kemudian celup ke dalam tepung jagung dan goreng sehingga kuning keemasan. (anda juga boleh menggoreng ayam dalam penggoreng udara tanpa minyak atau dengan sedikit minyak sahaja)
  4. Lapik Bekas Nutrisi Dugro dengan kertas bercorak dan susun nasi yang telah dibentuk, sayuran, ayam dan taufu goreng dalam petak besar.
  5. Susun buahan segar pilihan anda dalam petak kecil Bekas Nutrisi Dugro.

Selamat mencuba!

Sup Chef Cilik

Cara Penyediaan - Sup Chef Cilik
Bahan-bahan: Bahan A:
  • Buah Epal Hijau 100gm
  • Buah Nenas 100gm
  • Buah Tomato 100gm
  • Celery 100gm
  • Buah Labu 100gm
  • Beras Perang 50gm
  • Tepung Gandum 50gm
Bahan B:
  • Air 300ml
  • Garam Halus 3gm
  • Serbuk Lada Putih 2gm
Bahan C:
  • Perahan Jus Oren Segar 200ml
  • Susu Dugro Fruits & Vegetables 200ml
Mangkuk Sup:
  • Buah Labu 1 biji
Cara Penyediaan:
  1. Potongkan bahan A dan tumis dengan mentega dan masukkan beras perang serta tepung gandum sehingga naik aroma.
  2. Masukkan bahan B dan biarkan suam seketika.
  3. Kisarkan bahan A dan B sehingga halus.
  4. Masukkan ke dalam periuk dan rebuskan kembali dengan suhu atau haba yang kecil.
  5. Sementara itu sediakan buah labu untuk di jadikan mangkuk untuk sup ini.
  6. Tuangkan ramuan rebusan sup tadi ke dalam buah labu dan masukkan bahan C.
  7. Sup ini juga boleh di nikmati sebagai jus minuman yang sejuk.

Selamat mencuba!

Terung Panggang Keju

Cara Penyediaan - Terung Panggang Keju
Bahan-bahan: Bahan A:
  • Terung Panjang 2 biji
Bahan B:
  • Buah Tomato 50gm
  • Capsicum hijau, merah & kuning 50gm
  • Daun Selasih Segar 3 tangkai
  • Bawang Putih 30gm
  • Garam 2gm
  • Serbuk Lada Putih 2gm
Bahan C:
  • Serbuk Keju Parmesan 30gm
  • Sos Bechamel 50gm
Bahan-bahan Sos Bechamel:
  • Susu 200ml
  • Serbuk buah pala 20gm
  • Tepung gandum 100gm
  • Mentega 100gm
  • Garam & serbuk lada putih secukup rasa
    Cara Penyediaan:
  1. Potong bahan A menjadi kepingan dan panggang kedua belah.
  2. Potong dadu bahan B dan gaulkan sebati serta sekata.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan sediakan dulang ketuhar.
  4. Susun lapisan bahan A dan bahan B serta bahan C selang seli di dalam bekas yang sesuai.
  5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 5 minit sahaja
  6. Cara Bechamel:
  7. Tumis campuran tepung dan mentega di atas api kecil.
  8. Kacau sehingga campuran menjadi pekat dan tutup api. Campuran ini dipanggil Roux. Bahagikan dua campuran Roux.
  9. Ambil separuh campuran tadi dan campurkan dengan susu segar, serbuk buah pala dan daun bay. Panaskan di atas api kecil sehingga campuran memekat. Tambahkan Roux jika inginkan sos yang lebih pekat. Tapi hati-hati kerana jika terlalu banyak boleh menjadikan sos berketul.
  10. Kacau sos sehingga menjadi pekat dan tambah garam dan lada secukup rasa.

Selamat mencuba!

Smoothie Coklat Lazat

Cara Penyediaan - Smoothie Coklat Lazat
Bahan-bahan: Bahan A:
  • Epal Merah 100gm
  • Pisang Berangan 100gm
Bahan B:
  • Kiub Ais 1 cawan
  • Dugro Coklat Lazat 2 sudu besar
  • Air 150ml
    Cara Penyediaan:
  1. Potong Bahan A saiz kiub dan masukkan ke dalam pengisar ais.
  2. Masukkan Bahan B dan kisar sehingga halus
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan hias

Selamat mencuba!